Catatan

Saintifiknya Israk dan Mikraj - Bahagian - 2

Imej
Nikmat terbesar yang Allah SWT kurniakan dalam peristiwa Israk dan Mikraj adalah SOLAT FARDU.  Ramai kalangan kita yang beragama Islam tidak bijak dalam membuat pengurusan untuk menunaikan solat .  Ada yang hebat berbicara berkenaan Islam dan politik Islam seolah-olah cuma mereka sahaja yang Islam, yang lain tidak Islam atau kurang Islam, tetapi gagal dalam memenuhi tuntutan wajib 5 kali sehari semalam.  5 waktu sahaja bukan 50 waktu seperti mula-mula Nabi Muhammad SAW menerimanya, lalu dikurangkan sehingga 5 waktu sahaja, itu pun masih ramai yang liat untuk menunaikannya.   Solat yang kita lakukan adalah perintah langsung dari Allah yang diberi secara langsung tanpa perantaraan dari mana-mana makhluk. Ia melibatkan perjalanan yang tersangat jauh (infiniti) yang merentasi dimensi fizik, panas dan cahaya yang berbeza kekuatan tenaga dan daya yang takterhinggaan tetapi Berjaya diselesaikan dalam masa yang amat singkat.  Perjalanan yang bermula pada mal...

Saintifiknya Israk dan Mikraj - Bahagian 1

Imej
Saintifiknya Israk Mikraj…. Perbezaan ruang dan masa antara dimensi yang dilalui oleh Nabi Muhammad yang ditemani Jibrail dengan menggunakan Buraq’. Jarak sehari dalam dimensi bagi golongan malaikat dan roh (dimensi cahaya) adalah bersamaan dengan 50 000 tahun kiraan manusia (yang berada dalam dimensi fizik). Berapa kelajuan malaikat Jibrail yang menemani Baginda? Anggaran kelajuan dengan menga mbilkira pengiraan masa dalam dimensi yang berbeza dengan dimensi kita adalah 540 juta km/sesaat. Kelajuan cahaya yang melalui dimensi kita adalah 300 juta km/sesaat. Bayangkan kepantasan malaikat bergerak.  Tenaga terabdi yang berada dalam dimensi cahaya ini adalah tersangat besar. Jika tidak bagaimana mungkin Nabi boleh menempuh perjalanan yang tersangat jauh dalam masa yang sangat singkat yang bermula di Masjidil Aqsa. Sempadan langit pertama yang dapat dilihat menerusi mesin cerapan Hubble adalah sejauh 13.7 billion tahun cahaya. Jadi berapa jauh lagi sempadan langit yang seter...

Kekuasaan dan Politik

Imej
Sebagai seorang Melayu yang beragama Islam, saya sayangkan bangsa saya seperti mana saya sayangkan agama Islam.   Kita perlu lakukan apa yang wajar kita lakkan, demi perpaduan Melayu, pengukuhan Islam dan kesejahteraan Negara.   Semakin dekat kita dengan tarikh pengundian 5 Mei, terasa amat singkat buat kita untuk membina jambatan penyatuan sesama ummah.   Kita tetap kekal berpecah dengan pendirian dan keegoan kita dalam berpolitik.   Ketaksuban terhadap parti, diikuti pula orator yang disampaikan oleh pemidato dalam menimbulkan kebencian dan fitnah sehinggakan sampai tahap mempertikaikan keislaman dan amal ibadat solat orang yang seagama tidak akan terjadi sekiranya pihak yang berlainan pendapat berupaya berpolitik dengan cara yang sihat, bijak dan berhemah.    Politik perebutan kuasa amat mudah menjerumuskan umat Melayu ke dalam kancah polemik persengketaan.   Kuasa seringkali mejadikan manusia itu lalai terhadap hakikat manusiawi sehi...

Perpaduan Ummah....

Imej
UMNO dan PAS, dua kabilah politik melayu yang masing-masing sedang berada dalam psyche keyakinan bahawa kemenangan bakal berpihak kepada mereka.   Dalam scenario dua entiti politik yang masih belum sedia bergabung, ummah yang dikurniakan akal fikiran wajar memikirkan opsyen perpaduan yang realistik, agar usaha yang dirintis tidak dilihat sebagai memasang lampu di tengah hari, bagi mencari bayang di malam yang gelap.   Ummah perlulah melakukan orentasi yang bijak bagi memikirkan pilihan pendekatan yang lebih realistik supaya jika berladang biar menjadi, jika bersawah biar berpadi, jika padi tidak menjadi, lelah petani bertampi-tampi.    Dalam usaha untuk mencapai matlamat, Islam tidak pernah mengizinkan sebarang cara yang menyalahi lingkungan syarak.   Setiap usaha bagi mana-mana pihak dalam memperolehi kejayaan demi mendapatkan kuasa walapun mengkufurkan nama Allah, membawa kepada perpecahan ummah, mengabdikan diri kepada pihak yang menentang...

Artis dan Politik

Imej
PRU kali ramai menyaksikan artis kita berpolitik.   Ada tiga artis iaitu Aisah atas tiket PAS di Jempol Negeri Sembilan, Dayangku Intan bertanding dengan menggunakan tiket PKR di Pengerang, Johor dan Herman Tino atas tiket bebas di Tanjung Karang.   mereka ini, bukan sekadar menghadiri ceramah anjuran parti tetapi turut berkongsi pentas dengan menyuarakan pandangan mereka dan seterusnya menyatakan pendirian politik mereka terhadap parti.   Mungkin ia satu trend atau aliran yang baru, tetapi di pentas antarabangsa ianya adalah sesuatu yang lumrah.   Ramai dari kalangan selebriti ini telah berkecimpung dalam dunia politik.   Mereka ini termasuklah Ronald Reagen, mantan POTUS ke 40 yang memimpin US pada 1981-1989, Josep Estrada memimpin Filipina, Gaboner California, Terminator Arnold Schwarzeneggar, Clint Eastwood-Datuk Bandar di California, pelakon tamil MGR yang menjadi menteri Tamil Nadu, Amitabchan dan Jaya Baachan antara nama besar dalam industri dan juga...