Artis dan Politik



PRU kali ramai menyaksikan artis kita berpolitik.  Ada tiga artis iaitu Aisah atas tiket PAS di Jempol Negeri Sembilan, Dayangku Intan bertanding dengan menggunakan tiket PKR di Pengerang, Johor dan Herman Tino atas tiket bebas di Tanjung Karang.  mereka ini, bukan sekadar menghadiri ceramah anjuran parti tetapi turut berkongsi pentas dengan menyuarakan pandangan mereka dan seterusnya menyatakan pendirian politik mereka terhadap parti.  Mungkin ia satu trend atau aliran yang baru, tetapi di pentas antarabangsa ianya adalah sesuatu yang lumrah.  Ramai dari kalangan selebriti ini telah berkecimpung dalam dunia politik.  Mereka ini termasuklah Ronald Reagen, mantan POTUS ke 40 yang memimpin US pada 1981-1989, Josep Estrada memimpin Filipina, Gaboner California, Terminator Arnold Schwarzeneggar, Clint Eastwood-Datuk Bandar di California, pelakon tamil MGR yang menjadi menteri Tamil Nadu, Amitabchan dan Jaya Baachan antara nama besar dalam industri dan juga politik....    


Bukan untuk memuji mereka.  Mereka ini memiliki keyakinan yang cukup tinggi apabila berpolitik, kredibiliti yang mengagumkan, berpegang teguh kepada prinsip dan falsafah serta faham apa yang mereka perjuangkan disamping memiliki asset kekayaan yang cukup kuat sebagai modal untuk berpolitik selain memiliki pengaruh besar dikalangan peminat.  Bukan sekadar ikutan sahaja.  Namun bukan semua yang Berjaya dalam menjadi pemimpin kerana hiburan dan politik adalah dua bidang yang terlalu jauh berbeza.


Persoalannya adakah artis kita memiliki ciri-ciri sedemikian? Apakah dengan pembabitan mereka ini sekadar ikutan atau atas factor kematangan dan kesedaran yang mendalam atau lebih suka menghentam pihak yang dirasakan memberikan penganiayaan kepada mereka? Jika ia disebabkan ketidakpuasan hati, atau dendam, atau sekadar mencari populariti akibat tidak laku dalam bidang industri atau untuk mencari pendapatan tambahan baik lupakan sahaja. Berpolitik memerlukan individu yang berjuang atas prinsip falsafahnya, tidak goyah prinsip dan pendirianya, ketahanan mental dan fizikal yang kuat, berkredibiliti, pengetahuan berkenaan politik yang mendalam, luas pembacaannya, berkarisma dan gencar keyakinannya, akauntabiliti, berintegriti tinggi, berakhlak dan moral yang boleh dicontohi, berpendidikan tinggi, bersikap professional, perasaan menolong dan membantu yang amat tinggi, menepati janji, sanggup berkorban disamping memiliki kehebatan berbicara. 


Apalah maknanya jika kehadirannya sekadar untuk mendapatkan rating undi atau menarik perhatian khayalak orang lain.   Atas alasan untuk menarik undi maka artis ini dipergunakan oleh pihak politik. Artis yang tidak sedalam mana ilmu dan pengalamannya akan berceramah tentang penghijrahan dari dunia seni ke dunia politik kononnya di atas kesedaran dan penyesalannya.  Kemudiannya akan berceramah dengan membuat pelbagai tomahan, menuduh yang bukan-bukan, mengeluarkan perkataan kesat semata-mata menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap sesuatu isu baik isu semasa yang dipolitikkan atau dalam dunia seninya.   Apakah dahulu semasa dalam pembabitannya dalam dunia hiburan dan seni tanah air mereka ini, tidak memperjuangkan.  Jadi apa agenda dan niat sebenar kehadiran mereka dalam politik tanah air.  Kita tidak menafikan pembabitan mereka dalam dunia politik tempatan, malah ia memberikan warna kepada entiti itu sendiri.  Tetapi apakah yang sebenarnya mereka inginkan?


Tuduhan berat terhadap pemimpin Negara yang menyamakan dengan menyamakan mereka dengan iblis yang merupakan golongan yang menepati janji untuk menyesatkan anak adam.  Apakah konsep Janji Ditepati yang diterapkan dalam pentadbiran PM DS Najib boleh disamakan dengan iblis? Mengapa begitu cetek, dangkal dan bodoh sekali analogi yang ditunjukkan.  Ini memperlihatkan ketidakcerdikan mereka dalam berpolitik.  Berpolitik sekadar ikut-ikutan.  Berpolitik dengan mereka yang sekadar untuk melepaskan amarah, dendam dan menyemai perasaan benci.  Maka tiada bezanya mereka dengan ahli politik yang lain.  Kita ingatkan dengan kemasukan dan penyertaan mereka dalam berpolitik dapat memberikan kelainan atau menambahbaik mana yang kurang. Rupanya menambahkan lagi buruk wajah politik yang telah sedia ada buruk. 

Kita berkehendakkan mereka mempersembahkan sesuatu yang boleh membangunkan minda masyarakat atau cuba menyelesaikan sesuatu isu.  Satu hakikat yang tidak dapat kita sangkal, artis diluar Negara yang terlibat dalam dunia politik kebanyakkan adalah dari nama-nama besar yang cukup gah namanya dalam dunia seni yang mereka ceburi.  Popularity ini juga mereka gunakan untuk membolehkan mereka terlibat dalam dunia politik disamping memiliki nilai kewangan yang sangat kukuh demi untuk meraih undi dan seterusnya memberikan mereka sokongan apabila berjuang dalam dunia politik.  Sumber kewangan mereka yang besar ini jugalah digunakan dalam tujuan berkempen.  Mereka tidak terlalu bergantung kepada sumber kewangan luar.  Berbeza dengan artis kita yang mendapatkan dana berkempen dengan duit dari hasil sedekah atas nama jihad dan perjuangan.  Memang sangat berbeza mentaliti artis kita dengan artis luar Negara.  Adakah artis kita terlalu terdesak sehingga meminta duit atau mendapat duit dari pentas politik. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Doa untuk Anak-anak

Memori pentauliahan Intake 21 UPM..

Kenapa saya suka membaca