Cendekiawan dan Politik




Sumbangan cendekiawan dan ulama Islam memang tidak dapat dinafikan Barat mahupun Timur.  Tetapi pada hari ini peranan golongan ini kelihatan lesu.  Hampir semua kemajuan baik dalam bidang teori mahupun pembangunan teknologi dalam segenap bidang dijuarai oleh Barat dan Timur (Jepun, China, Taiwan dan Korea).  Umat Islam dilabelkan dengan pelbagai gelaran dan rata-ratanya hidup dibawah paras kemiskinan disamping cetek pengetahuan.  Biarpun Malaysia merupakan antara Negara Islam yang progresif dalam kalangan OIC namun umat Islam di Negara ini berpecah belah akibat dari ketaksuban berpolitik dengan mempolitikkan segala-galanya dalam kehidupan tambahan pula agama turut dijaidkan bahan komoditi dalam mengaut keuntungan berpolitik.  Ini tidak termasuk lagi suara-suara dari bangsa lain yang turut mempertikaikan peranan umat Melayu Islam dan agama Islam. 

Dalam perpecahan yang berlaku di Malaysia, tidak dinafikan peranan ulama.  Ada ulama yang benar-benar mahu perkukuhkan perpaduan umat Melayu Islam dengan mengenepikan fahaman politik demi survival bangsa Melayu dan umat islam lain.  Tidak dinafikan ada juga yang mencampuradukkan agenda politik dalam pembawaan mereka sehingga menyukarkan proses perpaduan.  Mereka meletakkan keutamaan politik melebihi keutamaan perpaduan semasa bangsa.  Mereka bukan sahaja kurang bijak, malahan menjadi agen kepada punca pemecahbelahan dan juga permasalahan yang dihadapi oleh umat Melayu dan Islam.  Mereka bersifat hipokrit, menyalahtafsirkan kandungan Al-Quran dan Hadis, menfitnah, berfikiran tidak rasional dan sombong dalam erti kata tidak mahu menerima pendapat dan teguran orang lain.  Mereka menganggap mereka sahaja yang betul dan orang lain kurang Islamnya. 


Kebanyakkan dari mereka bermula dengan tujuan baik dalam melaksanakan tugasan mereka berdasarkan Al-Quran dan Hadis.  Namun melencong akibat dari beberapa factor khasnya demi kekuasaan terhadap sikap mereka, cara berfikir, pertuturan yang penuh dengan unsur kebencian, tindakan dalam menggalakkan pengikut untuk membuat provokasi terhadap mereka yang tidak sependapat dan membuat keputusan yang bertentangan dengan pandangan perdana.  Mereka memperdagangkan agama demi memperolehi kuasa.  Sanggup meracuni pemikiran pengikut mereka dengan mengatakan pihak lain adalah kafir dan tidak betul, hanya mereka sahaja yang maksum, suci dan bebas dari kekhilafan.  Doktrin yang disemai sejak dari mula sehingga sekarang, itulah yang menjadikan sebahagian besar mentaliti pengikut mereka terlalu taksub dan sukar untuk menerima kritikan dan teguran orang lain. 

Malahan dalam satu lawak jenaka, ada seorang alim terjumpa iblis melepak yang kelihatan sugul, lalu ditanyakannya ‘Hai iblis kenapa engkau melepak sahaja?.  Lalu iblis menjawab “tugasan aku yang sepatutnya dilakukan oleh aku, telah diambilalih oleh ulama dan sebab itu aku tidak tahu apa hendak dibuatnya lagi”.....

Dalam sejarah Islam, ramai kalangan ulama yang asalnya baik, tetapi demi kuasa mereka berubah menjadi tamak, lari dari tanggungjawab dan amanah, tidak bertindak berasaskan rasional dan prinsip kelimuan yang dipelajari, mengeluarkan pendapat atau fatwa berlandaskan nafsu, gagal melakukan tadbir urus yang berkesan sehingga membawa kepada perbalahan dan konflik sesama sendiri.  Pihak luar dan kafir Cuma menunggu masa yang sesuai untuk mengambilalih peranan ulama ini.  Inilah yang tidak kita mahu.  Persengketaan semasa Islam dan Melayu tidak membawa sebarang keuntungan pun malahan menjadikan mereka kelompok yang lebih kecil dan lemah serta mudah diperkudakan oleh bangsa asing dan pihak luar.  Kegagalan ulama  untuk mengimbangkan tuntutan Fardu Ain dan Kifayah akan memburukan lagi keadaan.  Ada sewenang-wenangnya nya mentafsir sesuatu maksud Al-Quran dan Hadis berpandukan intepretasi yang sempit sehingga menghalang perkembangan ilmu selain dari ilmu Islam.  Mereka menganggap selain dari ilmu Islam adalah tidak berperanan membawa kepada kemajuan dan kesejahteraan umat Islam.  Hasilnya umat Islam kekal dengan kejumudan pemikiran, ketinggalan dalam aspek penguasaan ilmu terkini dan hidup dengan sekadar menumpang kemajuan bangsa lain tanpa perlu berusaha untuk menyesuaikan ilmu dari pihak luar dengan keperluan umat Islam sendiri.       

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Doa untuk Anak-anak

Memori pentauliahan Intake 21 UPM..

Kenapa saya suka membaca