Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2013

Nasib Bahasa Melayu....

Imej
Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu telah berakhir pada Jumaat lepas, 22 Feb 2013 yang diadakan di PICC  Putrajaya.  Johan bagi kategori Nusantara dimenangi oleh Malaysia-USIM, manakala antarabangsa dari Panama (mualaf)..mereka berpidato dengan menggunakan aksen BMT yang hebat.  Andai mereka mengetahui realiti BM yang mereka pidatokan ini di Malaysia pasti menyedihkan dan mendukacitakan mereka.  Biarlah pekung yang mengaibkan didedahkan agar mereka mengetahui hakikat sebenarnya BM ini.  BM hampir tidak didaulatkan atau diletakkan ditempat yang sewajarnya atau diperlakukan dengan adil oleh sebahagian besar warganya, baik dari penutur jati (bangsa melayu) apatah lagi bukan penutur jati (bangsa bukan melayu/imigran).  BM tidak dimartabatkan dengan sewajarnya dalam IPTA, apatah lagi IPTS yang secara terang-terangan melacurkan BM dengan bahasa asing/penjajah. Dasar pendidikan Negara, turut menerima tempiasnya akibat dari pelaksanaan PPSMI yang...

Perancangan Allah kita tidak tahu, tetapi jangan berhenti berdoa..

Imej
Nabi NUH belum tahu banjir akan datang ketika ia membuat kapal besar & ditertawai kaumnya. Nabi IBRAHIM belum tahu akan tersedia domba ketika pisau nyaris memenggal buah hatinya. Nabi MUSA belum tahu laut akan terbelah saat dia diperintah memukulkan tongkatnya. Nabi MUHAMMAD SAW pun belum Tahu kalau Madinah adalah Kota Tersebarnya Ajaran yang dibawanya saat beliau diperintahkan berhijrah. Yang Mereka Tahu adalah bahwa Mereka harus Patuh pada perintah ALLAH dan tanpa berhenti Berharap yang Terbaik. Ternyata dibalik keTIDAKTAHUan kita, ALLAH telah menyiapkan SURPRISE saat kita menunaikan perintah-NYA. BIASANYA Tangan - tangan ALLAH Bekerja didetik detik Terakhir dalam Usaha Hamba-Nya. So, Never Give Up, Make Better For the Best. Kalaupun Hasil Yang kita Usahakan Jauh dari Harapan bahkan Menyakitkan, Jangan kita berkecil hati. Karena Sering Allah mencintai kita dengan cara-caran yang kita benci. Tetap HUSNUDZON kepada Allah apapun yang terjadi. Allah berfirman...

Perpaduan sekadar ciptaan luaran..

Imej
Perpaduan…Selama ini kita menggunakan metod yang salah untuk membentuk perpaduan.  Kita hanya mengekang perpecahan.  Bila ada pelbagai tuntutan dari Cina atau India kita beri. Itu semua untuk matlamat yang singkat.  Sebenarnya ia tidak sukar.  Kita lihat diperingkat sekolah rendah.  Bagaimana hendak mencapai perpaduan jika sejak dari tadika lagi telah diwujudkan pelbagai aliran tadika berasaskan kaum.  Yang cina lebih selesa menghantar anaknya ke tadika beraliran cina atau inggeris, begitu juga halnya dengan India .  Melayu pula samada dibawah kelolaan kerajaan ataupun persendirian (termasuk yang dimilik oleh parti politik).  Kemudian ia diteruskan lagi apabila mereka memasuki alam persekolahan, mereka lebih selesa ke sekolah berasaskan kaum masing-masing, berbanding untuk ke sekolah kebangsaan atau integrasi.  Ini bermakna kita menanam lalang, janganlah diharapkan padi akan tumbuh.  Maka perlulah kita wujudkan sekolah satu al...

Menjiwai Bahasa....

Imej
Bahasa Melayu telah berperanan sebagai bahasa ilmiah yang digunakan dalam sistem pendidikan tradisi.  Ribuan kitab dari pelbagai disiplin telah tertulis dalam BM dan ini menggambarkan betapa kayanya bahasa ini.  Puak pengagum bahasa inggeris yang tidak yakin dengan BM seringkali mengungkapkan kelemahan BM khususnya dalam persoalan sains dan teknologi.  Sejauh manakah benarnya dakwaan puak ini? Atau adakah mereka ini yang sebenarnya tidak mahir menggunakan BM atau malas hendak berfikir dalam BM kerana dalam minda mereka telah terpahat kukuh dengan elemen penjajahan bahasa asing serta memiliki jiwa keinggerisan yang tebal.  Mereka mungkin tidak memerhatikan negara yang menggunakan Bahasa Inggeris (BI) seperti Filipina dan India suatu masa dahulu bukanlah termasuk dalam negara yang maju.  Begitu juga Uganda dan Nigeria di Afrika, tidak pernah pun memasuki carta negara maju malahan antara yang tercorot dan bermasalah baik dari segi pendidikan dan ekonominy...

Tingkat metabolisme dengan Nutrisi Herbalife...

Imej
Apabila kita mengalami berat badan yang berlebihan, seringkali kita menyalahkan metabolisme tubuh kita.  Tetapi kita jarang menyedari akan kesalahan diri sendiri apa yang menyebabkan metabolisme kita semakin berkurangan… Apa sebenarnya metabolisme? Ia adalah satu proses  pembakaran untuk mengubah makanan atau minuman menjadi tenaga.  Ia dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti; bentuk dan komposisi tubuh Lagi tinggi seseorang lagi tinggi kadar metabolismenya, berbanding dengan mereka yang bertubuh besar Amnya mereka yang lebih berotot mempunyai kadar pembakaran yang lebih tinggi berbanding mereka yang kurang berotot biarpun mempunyai berat yang sama.  jantina umur aktiviti harian kita Ia juga dikenali sebagai jumlah kalori dibakar untuk mengekalkan fungsi dan nyawa.  Segala aktiviti dalam tubuh kita memerlukan tenaga atau kalori.  Memandang betapa pentingnya metabolisme perlu kita mengetahui bagaimana untuk kita menin...

Belanja dulu, belanja sekarang...

Imej
Sewaktu bersekolah dahulu tahun 80an-90an dulu, emak bekalkan roti dan telur goreng ke sekolah sebagai bekalan serta air kosong..Alhamdulilah..berbanding dengan rakan-rakan yang lain, langsung sekadar meneguk air liur, minum air paip atau menagih sedikit makanan.. Duit harian untuk berbelanja, sekadar 30 sen..Melihat rakan-rakan lain yang membeli nasi lemak istimewa berharga dalam 50 sen hingga 80 sen, sudah cukup mewah mewah telur goreng, atau sambal sotong, udang, kerang atau ayam goreng atau rendang ayam..murah harganya waktu tersebut.  Tapi duit belanja tidak mencukupi untuk membeli nasi seistimewa itu, hanya mampu membeli nasi lemak 30 sen.  Itu pun membeli sewaktu tidak dibekalkan dengan bekal. Sekarang, amat jarang atau mustahil ada yang berbelanja ke sekolah dengan 30 sen.  Sesuai dengan peredaran zaman dan tingkat ekonomi keluarga.    Apabila telah bekerja dan mula pegang duit, keinginan untuk makan makanan yang dianggap mewah sewaktu kec...

Raja Muda, Raja Dr Nazrin..Idolaku..

Imej
Saya memang mengagumi Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah.  Baginda merupakan raja atau sultan yang pertama dalam sejarah Raja Melayu memiliki tahap pendidikan yang tertinggi iaitu memiliki Ijazah Doktor Falsafah (DFal/PhD) dalam bidang ekonomi dan politik dari luar negara.  Hampir semua ucapan baginda yang tersiar dalam akbar ataupun internet saya gunting atau cetak lalu disimpan dalam fail khas.   Untuk ruangan dalam blog ini saya ambil sedikit dari sedutan ucapan baginda yang berlangsung pada 7 Nov 2012 dalam syarahan baginda yang bertajuk Institusi Raja Berperlembagaan : Kelangsungan Negara Bangsa.   Bagi banyak perkara penting yang digariskan oleh baginda, lebih-lebih lagi kebelakangan ini terlalu banyak perkara yang dipolemikan oleh pihak opurtunis mahupun politikus yang mengambil kesempatan dari apa-apa jua isu untuk dijadikan modal berpolitik murahan demi meraih sokongan.  Isu-isu seperti Kalimah Allah, Bahasa Melayu, pendidikan, Agama Is...

Syukur atas nikmat kesihatan....

Imej
Saat kita dilahirkan ALLAH telah mengurniakan kita tubuh yang sempurna sifatnya dan dan cukup cirinya sebagai manusia normal. Alhamdulilah itu yang kita perlu syukuri.  Allah akan bertanyakan kepada kita, apa yang kita buat sewaktu kita sihat dan muda.  Banyak yang boleh kita lakukan dengan nikmat sihat dan muda.  Ianya adalah bonus untuk kita memperbanyakkan amal kebaikkan sama ada untuk fardu ain yang sememangnya diwajibkan dan juga fardu kifayah samada untuk masyarakat dan persekitaran kita termasuklah alam sekitar dan haiwan. Lantaran dengan itu kita sangat disarankan untuk sentiasa bersyukur…..  Bagaimana kita mensyukuri nikmat tubuh badan yang sempurna dan sihat? Kita perlu ada pengetahuan.  Pengetahuan yang diajarkan oleh Allah menerusi cara pemakanan yang dilandasi syariah dan sunnah RasulNya, menggunakan ke semua pancaindera untuk tujuan yang baik dan betul, bukan dengan memanfaatkannya untuk memudaratkan kesihatan diri dan persekitaran kita....

Kenapa perlu berkira untuk kesihatan diri…

Imej
Semakin maju taraf kehidupan kita, semakin tinggi tahap pendidikan kita, semakin maju teknologi dan ilmu kesihatan dan semakin maju taraf lingkungan persekitaran kita semakin tinggi pula kesedaran kita berkenaan penjagaan kesihatan. Kesihatan diri kita merupakan satu indikasi kepada kesejahteraan atau kemaslahatan kehidupan kita.  Namun cabarannya tetap ada.  Semakin selesa kehidupan kita, kita punya kuasa membeli dan nafsu untuk memiliki sesuatu semakin meluap.  Dalam negara kita yang terkenal dengan kemajmukan kaumnya, menambahkan lagi kerencaman kita dalam memperolehi pelbagai bentuk makanan yang mewakili setiap kaum.  Secara relatifnya harga bahan mentah di negara kita agak terkawal dengan pemberiaan subsidi oleh pihak kerajaan.  Lantaran dengan itu hampir semua kebanyakkan makanan dijual dengan harga yang berpatutan.  Oleh itu ia meluaskan spectrum khalayak warga untuk membeli makanan.  Negara kita dikenali dengan syurga ...