Syukur atas nikmat kesihatan....


Saat kita dilahirkan ALLAH telah mengurniakan kita tubuh yang sempurna sifatnya dan dan cukup cirinya sebagai manusia normal. Alhamdulilah itu yang kita perlu syukuri.  Allah akan bertanyakan kepada kita, apa yang kita buat sewaktu kita sihat dan muda.  Banyak yang boleh kita lakukan dengan nikmat sihat dan muda.  Ianya adalah bonus untuk kita memperbanyakkan amal kebaikkan sama ada untuk fardu ain yang sememangnya diwajibkan dan juga fardu kifayah samada untuk masyarakat dan persekitaran kita termasuklah alam sekitar dan haiwan. Lantaran dengan itu kita sangat disarankan untuk sentiasa bersyukur….. 


Bagaimana kita mensyukuri nikmat tubuh badan yang sempurna dan sihat? Kita perlu ada pengetahuan.  Pengetahuan yang diajarkan oleh Allah menerusi cara pemakanan yang dilandasi syariah dan sunnah RasulNya, menggunakan ke semua pancaindera untuk tujuan yang baik dan betul, bukan dengan memanfaatkannya untuk memudaratkan kesihatan diri dan persekitaran kita.  Melakukan aktiviti fizikal yang memberikan kebaikan kepada tubuh.  Dan yang penting melakukan ibadah yang difardu-ainkan ke atas kita. 

Apa yang ada pada tubuh kita tidak ternilai harganya dan tiada tara gantinya. Allah kurniakan kepada kita secara percuma.  Sistem tubuh yang dicipta dengan sangat hebat dan penuh ketelitian.  Bermula dari benih yang didatang dari kedua-dua sulbi makhluk, dari sel yang tidak kelihatan dan terlihat sangat lemah, menjadi makhluk yang dianugerah tanggungjawab khalifah di muka bumi..Tugas kita adalah untuk menjaganya dengan sebaik mungkin...

Bermula dari
Otak
Rambut
Mata
Hidung
Lidah
Hati
Jantung
Paru – paru
Usus
Ginjal
Darah
Anggota tubuh lain….

Tiada satu pun dijual di tepi – tepi jalan atau di gedung – gedung mewah. 
Jika ada yang sudi menjualnya pasti harganya memang tidak masuk akal dan beli tentu organ yang didermakan itu sesuai untuk kita (jika berlaku penolakkan tubuh) atau lebih teruk jika ia tercemar.
Allah mengurniakan secara khusus dan eksklusif kepada kita.  Kita dikurniakan akal dan fikiran untuk menjaga nikmat dan amanah tersebut. 

Namun kelalaian, kealpaan malahan kejahilan kita untuk menjaganya seringkali menyebabkan sebahagian besar dari kita terdedah dengan pelbagai penyakit berkaitan dengan degeneratif atau bawaan metabolik.  Dahulu mungkin sukar untuk kita menghidapi penyakit sebegini.  Kematian terdahulu seringkali dikaitkan dengan wabak penyakit yang disebabkan oleh haiwan dan persekitaran kotor (seperti yang berlaku di Eropah ratusan tahun dahulu yang dikenali sebagai Black Death), peperangan, bencana alam dan juga kebuluran.  Jarang sekali dikaitkan dengan cara pemakanan. 



Namun selepas berakhirnya Perang Dunia Ke-2 dengan pembangunan pesat industri sains dan teknologi juga kesedaran antara warga dunia berkenaan peri pentingnya keamanan maka berlakunya ledakan dalam bidang makanan.  Penghasilan makanan secara besar-besaran dengan dipelbagaikan lagi pendekatan inovasi dan kreativiti telah menghasilkan makanan yang diistilah segera (fast food) sesuai dengan gaya hidup warga dunia yang kian sibuk bekerja.  Makanan yang diproses dan diformulasikan secara segera ini amnya mengandungi kandungan gula, garam dan pengawet yang tersembunyi dan kebiasaann kandungannya adalah amat tinggi.  Hampir semua bahan perasa ini (contoh MSG) adalah digunakan untuk menyedapkan makanan yang kita ambil

Ada juga demi memenuhi keperluan dunia yang kian mendesak negara maju telah menghasilkan makanan berasaskan GMO atau makanan yang terubah secara genetik.  Sekali lagi ia merupakan satu revolusi pencapaian sains yang amat penting.  Genetik tumbuhan atau haiwan diubahsuai bagi membolehkan ia dapat dihasilkan berpandukan apa yang diperlukan oleh kita.  hasilnya ia dapat membuahkan hasil dalam masa yang singkat, lebih berat dalam kuantiti yang sangat banyak. Tumbuhan seperti gandum, jagung, soya, sawit dan kekacang serta haiwan seperti ruminan (lembu, kambing, kerbau dll) dan unggas (ayam, itik) antara yang diubah genetiknya.

Hampir semua makanan segera, diproses dan GMO ini murah harganya dan boleh didapati dihampir semua kedai di muka bumi ini.


Di awalnya memang kita mengalu-alukan revolusi saintifik yang dibawa oleh sains dalam dunia pemakanan.  Namun ia juga membawa kesan yang negatif khasnya dalam kesihatan kita.  Hasil dari ledakan kemajuan dalam bidang pemakanan ini telah menyebabkan sebahagian dari kita menderita secara kronik penyakit yang disebabkan oleh makanan.  Ditambahi pula dengan gaya hidup kita yang malas bergerak, kurang bersenam kerana dimanjakan dengan pelbagai gajet yang memudahkan kehidupan kita. Jika menghadapi masalah kesihatan jumpa sahaja doktor ambil ubat.  Ubat bukan direka khusus untuk memulihkan penyakit, sebaliknya ia direka untuk menahan penyakit atau depressed the symptoms.  Memang itu tujuan perubatan konvensional.  Menggalakkan orang bergantungan terus kepada ubat, tanpa ada niat atau tujuan untuk memulihkan penyakit.


Kita juga membeli pelbagai insuran kesihatan demi untuk merawat penyakit.  Semuanya ini memaksa kita berbelanja lebih untuk sebab yang bukan-bukan.  Kenapa perlu kita membelanjakan duit yang banyak untuk tujuan yang belum pasti, walhal kita punya alternatif untuk memilih dengan cara yang lebih murah dan praktikal.  Kita perlukan pencegahan bukannya perawatan.  Jika dibuat pengiraan sebenarnya kos untuk mencegah lebih murah berbanding dengan rawatan.  Rawatan melibatkan kos untuk berulang-alik ke hospital, pembayaran jika menggunakan peralatan dan pergantungan kepada ubatan.  Berbanding dengan pencegahan, kita hanya memerlukan kos untuk membeli makanan yang sihat dan seimbang dari segi nutrisinya, sedikit wang membeli makanan tambahan (mungkin-sebenarnya tidak perlu pun) dan untuk membeli apa jua barangan berkaitan aktiviti sukan (jika yang minat bersukan) serta meluangkan masa untuk beriadah dengan mengeluarkan peluh.  Kos itu tidaklah sebesar atau sebanyak wang yang dilaburkan untuk tujuan perawatan secara relatifnya. 


Kesihatan adalah satu anugerah Allah kepada kita.  Jadi lebih baik mula mencegah dari awal untuk apa jua penyakit yang berkaitan amalan pemakanan yang tidak betul dan gaya hidup yang tidak sihat.  Jom ubah cara hidup dengan melengkapkan kehidupan kita dengan pengambilan nutrisi yang betul dan seimbang dan bersenam…..






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Doa untuk Anak-anak

Memori pentauliahan Intake 21 UPM..

Kenapa saya suka membaca