Belanja dulu, belanja sekarang...

Sewaktu bersekolah dahulu tahun 80an-90an dulu, emak
bekalkan roti dan telur goreng ke sekolah sebagai bekalan serta air
kosong..Alhamdulilah..berbanding dengan rakan-rakan yang lain, langsung sekadar
meneguk air liur, minum air paip atau menagih sedikit makanan..
Duit harian untuk berbelanja, sekadar 30 sen..Melihat
rakan-rakan lain yang membeli nasi lemak istimewa berharga dalam 50 sen hingga
80 sen, sudah cukup mewah mewah telur goreng, atau sambal sotong, udang, kerang
atau ayam goreng atau rendang ayam..murah harganya waktu tersebut. Tapi duit belanja tidak mencukupi untuk
membeli nasi seistimewa itu, hanya mampu membeli nasi lemak 30 sen. Itu pun membeli sewaktu tidak dibekalkan
dengan bekal.
Sekarang, amat jarang atau mustahil ada yang berbelanja ke
sekolah dengan 30 sen. Sesuai dengan
peredaran zaman dan tingkat ekonomi keluarga.
Apabila telah bekerja dan mula pegang duit, keinginan untuk makan
makanan yang dianggap mewah sewaktu kecil dahulu mula berputik. Kita makan dengan semahu-mahunya. Sayang sekali, amalan pemakanan yang kita
praktik, tidak disertakan dengan gaya hidup yang sihat.
Ketika tubuh sedang aktif membesar dan memerlukan tenaga
yang banyak, kita dibatasi dengan kekangan untuk mendapatkan makanan yang sihat
dan berkhasiat, itu yang menjadikan jarang dari kita untuk bertubuh besar atau
berlebihan berat badan. Namun selepas bekerja,
batasan untuk mendapatkan apa jua makanan telahpun dirobohkan dengan duit yang
kita miliki, namun terhalang untuk menjalani kehidupan aktif atau sihat kerana
kesbukan dalam kehidupan dan komitmen lain yang perlu dipenuhi..
Peruntukkan sedikit dari duit yang kita perolehi untuk perbelanjaan kesihatan kita. Ini yang jarang kita fikirkan. Kesihatan ini cuma nampak apabila kita telah mengalami masalah kesihatan. Namun saat ini telah pun lambat, kerana ia melibatkan perbelanjaan yang banyak, berbanding kita mencegah diawalnya dengan berbelanja secara waspada, berhemah dan bijak.
Lantaran dengan itu, perlulah berbijak dalam pengurusan
kesihatan diri.. Amalan pemakanan yang sihat dan luangkan sedikit masa untuk
memenuhi keperluan terhadap tubuh untuk bersenam.
Pilihlah nutrisi yang betul dalam pemakanan kita, kalori
yang sesuai dengan gaya hidup kita, agar kita tidak mengalami lebihan simpanan
kalori dalam tubuh kita yang boleh mengakibatkan kegemukan kepada tubuh yang
seterusnya membebankan organ tubuh kita.
Ulasan
Catat Ulasan