Menjiwai Bahasa....
Bahasa Melayu telah berperanan sebagai bahasa ilmiah yang
digunakan dalam sistem pendidikan tradisi.
Ribuan kitab dari pelbagai disiplin telah tertulis dalam BM dan ini
menggambarkan betapa kayanya bahasa ini.
Puak pengagum bahasa inggeris yang tidak yakin dengan BM seringkali
mengungkapkan kelemahan BM khususnya dalam persoalan sains dan teknologi. Sejauh manakah benarnya dakwaan puak ini?
Atau adakah mereka ini yang sebenarnya tidak mahir menggunakan BM atau malas
hendak berfikir dalam BM kerana dalam minda mereka telah terpahat kukuh dengan
elemen penjajahan bahasa asing serta memiliki jiwa keinggerisan yang
tebal.
Mereka mungkin tidak memerhatikan negara yang menggunakan
Bahasa Inggeris (BI) seperti Filipina dan India suatu masa dahulu bukanlah
termasuk dalam negara yang maju. Begitu
juga Uganda
dan Nigeria di Afrika, tidak pernah pun memasuki carta negara maju malahan
antara yang tercorot dan bermasalah baik dari segi pendidikan dan
ekonominya. Namun negara seperti Jepun,
Jerman, Itali, Korea Selatan, Perancis, China misalnya tidak pernah menggunakan
BI dalam medium pengajaran dan pembelajaran dari peringkat rendah sehingga
peringkat tertinggi dan juga dalam dunia pekerjaan telah menjadi juara
pembinaan bidang sains dan teknologi dalam bahasa bangsanya sendiri. Apakah BI menjadi faktor penentuan terhadap
kemajuan negara-negara tersebut.
Jerman ketika zaman keagungan Andalusia di Eropah, pernah
pada satu ketika menggunakan Bahasa Arab sebagai bahasa pendidikan, tetapi
kebanyakkan dari pelajarnya menghadapi masalah dalam memahami konsep sains dan
matematik dalam bahasa tersebut. Justeru
mereka menukarkannya kepada Latin. Namun
mereka juga menghadapi masalah yang sama apabila menggunakan bahasa Latin,
kerana hanya sebilangan kecil sahaja yang mampu menguasainya dengan baik. Akhirnya Jerman menukarkan sistem
pendidikannya menerusi bahasanya sendiri, Bahasa Jerman, yang akhirnya
memunculkan Jerman sebagai kuasa dunia yang digeruni ketika Perang Dunia
Pertama dan Kedua, dan sekarang sebagai kuasa ekonomu nombor 4 dunia.
Begitu juga dengan Jepun ketika di zaman Meiji, pemerintah
menyangka penggunaan bahasa negara maju akan memajukan sistem pendidikan
mereka. Lantaran dengan iti Jepun
menggunakan bahasa Russia
dalam pendidikan mereka. Ternyata Jepun tidak
berjaya dengan bahasa asing dalam sistem pendidikan untuk pembinaan sains dan
teknologi mereka tetapi dengan kebijaksanaan pejuang nasionalis Jepun, Jepun
berjaya membina teras kemajuan bangsa dan jati dirinya menerusi Bahasa Jepun. Tradisi yang sama juga diikuti oleh negara China , Taiwan dan Korea Selatan. Terbukti semua negara berkenaan berjaya dan
jauh meninggalkan negara jajahan lain yang menggunakan bahasa bekas penjajah
mereka.
Bangsa yang berjiwa kecil meniru aspek lahiriah bangsa maju,
berbanding dengan aspek keintelektualan serta nilai intrinsik yang bertunjang
dalam sanubari ilmuwan. Mereka menyangka
dengan meniru aspek luaran bangsa maju akan meletakkan diri mereka maju seperti
bangsa yang dikagumi. Hal inilah yang
ditempelak oleh Raja England ,
Raja James terhadap Newton
yang terlalu mengagungkan Bahasa Latin sehingga memandang rendah bahasa
bangsanya sendiri, Bahasa Inggeris (BI).
Newton
beranggapan penggunaan BI akan merendahkan taraf ilmunya. Inilah penyakit yang dihidapi oleh kebanyakkan
dari ilmuwan kita dan juga masyarakat kita.
Biarpun England
berbangga memiliki ilmuwan sehebat Newton dalam
bidang fizik dan matematik, tetapi sayang sekali Newton tidak pernah berbangga dengan BI dan
semua bukunya ditulis dalam bahasa latin.
Newton
menganggap BI tidak mampu mengungkap persoalan saintifik dan hanya layak
sebagai bahasa sastera klasik. Buku
terhebat Newton
yang berjudul Philosophia Naturalis Principia Mathematica yang ditulis dalam
bahasa latin tersimpan selama dua ratus tahun selepas kematiannya dan hanya
diterjemahkan ke dalam BI lewat pada kurun ke 19. Inilah sekadar satu contoh dari ilmuwan yang
tertawan minda dan jiwanya dengan kehebatan ketamadunan bangsa lain. Jiwa dan minda yang tertawan inilah yang
menjadi sindrom pengagum Eropah serta kebudayaannya bagi kebanyakkan elit dan
sebilangan kecil masyarakat kita.
Ingatlah roda hidup sentiasa berputar.
Matriks antara cabang ilmu yang terdapat dalam
Matematik. Kaedah penyusuan matrik
merupakan satu dari kehebatan minda orang Jepun berfikir iaitu bentuk susunan
segi empat yang bermula dari atas ke bawah.
Sebagaimana dengan bangsa Eropah yang menulis dari kiri ke kanan dan
Arab Islam dari kanan ke kiri.
Penyusunan ini diasaskan oleh ilmuwan Jepun bernama Seki Kowa. Beliau mentakrifkan pengertian penentu dalam
matematik yang mempunyai imej rangkaian minda Jepun dalam pentakrifan yang
kompleks. Contoh ini merupakan satu
manifestasi bahawa sains dan matematik terikat dengan budaya sesuatu bangsa
tanpa menafikan aspek globalisme dari sudut yang lain.
Betapa malunya jika dibayangkan satu masa nanti disaat
negara kita maju dan memiliki ramai cerdik pandai dalam pelbagai disiplin,
tetapi miskin dan muflis dari segi pengisian jiwa kemanusiaan dan
bahasanya? Tamadun yang cemerlang adalah
tamadun yang berdiri dengan dengan kesepaduan ilmu dari pelbagai cabang yang
diperkukuhkan menerusi bahasanya sendiri sebagai teras kekuatan ilmu tersebut
Ulasan
Catat Ulasan