Raja Muda, Raja Dr Nazrin..Idolaku..

Saya memang mengagumi Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah. Baginda merupakan raja atau sultan yang pertama dalam sejarah Raja Melayu memiliki tahap pendidikan yang tertinggi iaitu memiliki Ijazah Doktor Falsafah (DFal/PhD) dalam bidang ekonomi dan politik dari luar negara. Hampir semua ucapan baginda yang tersiar dalam akbar ataupun internet saya gunting atau cetak lalu disimpan dalam fail khas.
Untuk ruangan dalam blog ini saya ambil sedikit dari sedutan ucapan baginda yang berlangsung pada 7 Nov 2012 dalam syarahan baginda yang bertajuk Institusi Raja Berperlembagaan : Kelangsungan Negara Bangsa. Bagi banyak perkara penting yang digariskan oleh baginda, lebih-lebih lagi kebelakangan ini terlalu banyak perkara yang dipolemikan oleh pihak opurtunis mahupun politikus yang mengambil kesempatan dari apa-apa jua isu untuk dijadikan modal berpolitik murahan demi meraih sokongan. Isu-isu seperti Kalimah Allah, Bahasa Melayu, pendidikan, Agama Islam, perkauman, lynas atau apa-apa terus sahaja didendangkan oleh pelbagai pihak baik dari Kerajaan, pembangkang ataupun yang berkecuali. Jadi dalam isu ini institusi Raja adalah kuasa pengimbang yang mengatasi kuasa eksekutif atau politik jika berlakunya sesuatu perkara yang tidak dapat diselesaikan. Berikut adalah sebahagian dari ucapan Baginda untuk dikongsi dan diambil iktibar ataupun pengajaran. Ia telah diubahsuai sedikit bagi menjawab persoalan yang berlaku di saat iklim politik di negara kita berada dalam keadaan yang sangat tidak menyelesakan. Namun ia tidak mengubah apa jua maksud yang dititahkan oleh Baginda.
Titah ini telah disampaikan dengan gaya penyampaian yang sangat teratur, penggunaan Bahasa Melayu Tinggi dan penuh hikmah dan kebijaksanaan. Hayatilah dan bacalah dengan minda yang terbuka.....
Semakin bertambah usia Negara,
warga seakan makin terpisah. Pelbagai
istilah penyatuan diperkenalkan.
Pelbagai slogan dicipta, pelbagai logo dilakarkan dan pelbagai lirik
dikumandangkan..usaha tersut masih tidak memperlihatkan impak keberkesanan
menurt yang diimpikan. Malah slogan ke arah
membentuk satu bangsa, akhir-akhir ini, lenih banyak menimbulkan keraguan,
lebih banyak megundangkontroversi, semakin dipolemikkan dan semakin
dipolitikkan.
Kerencaman agama, kaum, budaya dan
bahasa, ditambah dengan taburan demografi, perbezaan antara warga desa dan
bandar, antara generasi muda dan tua, antara yang kaya dan miskin telah
menwujudkan satu jurang yang semakin melebarkan hubungan antara warga. Ditambahi pula dengan perbezaan pencapaian
akademik, pencapaian sosioekonomi, perbezaan pendedahan pencapaian antara
siswazah institusi pengajian tinggi awam dengan swasta, perbezaan nilai
kalangan produk sekolah kebangsaan, jenis kebangsaan, sekolah agama, sekolah
vernacular dan sekolah antarabangsa.
Begitu pula dengan perbezaan minda antara tenaga kerja awam dengan
swasta. Kafilah politik pula semakin
mengadaptasi budaya berkonfrontasi dan semaki tidak menghargai budaya
konsultasi. Warga semakin keliru, akibatnya
warga semakin terpisah dari bersatu.
Kini persitiwa yang meningkatkan
kegelisahan warga kian bertambah. Warga
ketara kecewa, hampa, kesal dan mual dengan gelagat politik yang semakin
keterlaluan. Politik menjelma dalam
pelbagai bentuk ketaksuban dan mendominasi tataurus Negara, hingga
segala-galanya, baik dari penglihatan, pendengaran, pengucapan, kegiatan dan
penggunaan sumber semakin berpaksikan politik.
Matlamat jangka pendek bagaikan mengatasi matlamat keuntungan jangka
panjang demi kelangsungan Negara bangsa.
Lebih membimbangkan apabila
institusi utama Negara, kini kelihatan telah mula terseret sama dalam kesempitan
berpolitik dan kancah polemik kepartian.
Akibatnya integrity, profesionalisme, imej neutral serta tidak partisan
institusi semakin dipertikaikan. Apabila
institusi utama Negara, terutama yang diamanahkan untuk didaulatkan dan
menguatkuasakan undang-undang serta melaksanakan hukum dan keadilan, mula
kehilangan integrity akan terhakislah budaya hormat dan keyakinan warga. Suasana ini jika berlarutan, memungkinkan
warga beralih kepada opsyen lain, memungkinkan berlakunya suasana ‘tanpa
perundangan’, memungkinkan Negara terjerumus di dalam kancah anarki.
Raja bersemayam di takhta kerajaan, memerintah dan bukan mentadbir, berada
dalam segala urusan politik dan urusan pentadbiran Negara. Apakah yang harus dilakukan oleh seorang
raja? Adakah institusi raja hanya
simbolik dan monumen yang dihais kaku, tanpa bernyawa, tanpa jiwa, sekadar
pelengkap memenuhi adat majlis berada dan berprotokol, sekadar berfungsi untuk
menyempurnakan acara keraian, memotong reben, melepaskan belon, memalukan gong
atau menarik tirai? Adakah dalam suasana
kegelisahan warga ini, raja dikehendaki bersifat pasif, defensif, membisu
seribu bahasa. Ketika warga dilanda keresahan, adakah raja diunjurkan terus
bermain catur di istana? Ketika warga
dilambung resah, adakah raja memadai terus beradu di kamar istana dan
membiarkan masa hadapan negara bangsa ditangani secara ekskusif oleh kumpulan
politik semata-mata.
Dalam hasrat merumus ketetapan yang bijaksana, raja perlu mendapat
pandangan yang seluas dan sedalam mungkin, daripada ramai pihak, merentasi
sempadan kaum, budaya dan politik dari dalam dan luar kerajaan, merangkumkan
pendapat ulama dan umara, para akademik dan intelek, warga tua dan muda, menganalisis
fakta secara mendalam, halus lagi teliti, membezakan antara padi dengan antah,
antara kaca dengan permata, sebelum mengaplikasikan kuasa budi bicara yang
diperuntukkan. Kebijaksanaan dalam
menggunakan budi bicara dengan tepat, betul dan adil pada masanya. Hal sedemikian memerlukan hikmah dan
dizahirkan secara berhemah.
Hikmah adalah himpunan kumulatif kebijaksanaan, terkumpul sebagai khazanah
melalui asuhan, bimbingan, didikan, pengajian, pengamatan, kematangan serta
amal dan pengamalan. Hikmah memberikan
kelebihan bagi membolehkan seseorang insan secara tenang dan tenteram bagi
membuat rumusan dengan tepat, ketika berhadapan dihadapan situasi atau kejutan
yang diluar dugaan.
Perbuatan melanggar atau pencerobohan sempadan agama lain secara
keterlaluan atau secara terbuka, dibimbangkan, berkemungkinan menjadi punca
mencetuskan berlakunya tragedi buruk.
Perbuatan demikian wajar dihentikan, dihentikan serta merta, dan secara
tegas dicegah daripada dibenarkan terus berlaku. Sensitiviti agama tidak mengizinkan perkara
agama didebatkan secara terbuka, kerana dikhuatiri yang kurang arif berkemungkinan
terlajak kata sehingga memetik contoh yang jahil. Bara keagamaan jangan dinyalakan, kelak nanti
terbakar diri-kelak nanti terhangus negeri.
Tujuh wasiat raja-raja Melayu....
- Kami namakan
dan kami panggil dia, bumi yang kamu
pijak dan langit yang kamu
junjung PERSEKUTUAN
TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia)
- Kami
isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan
simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga
nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain
- Bagi menjaga
kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami
tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara
dan ancaman dari luar negara
- Kami kekalkan
dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini
- Kami
isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan
- Kami tetapkan
bahasa
kebangsaan ialah BAHASA MELAYU
- Kami
amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan
KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak
negeri Sabah
dan Sarawak
Pilihan raya bukanlah medan perang yang bermatlamatkan menang semua atau
menghalalkan cara. Pilihan raya bukanlah satu peperangan sivil. Tanggungjawab besar memastikan pilihan raya
tidak akan menggugat kestabilan negara dan menjejaskan keharmonian warga,
terletak dibahu baris kepimpinan kafilah politik di kedua-dua belah pihak,
untuk memastikan suhu politik tidak membahang terlalu panas. Mengekalkan kuasa atau usaha untuk
mendapatkan kuasa bukan segala-galanya.
![]() |
Negara bangsa lebih besar harganya dan tidak harus dileburkan dengan
pendekatan politik yang memilih untuk berkerat rotan, berpatah arang, hingga
pada akhirnya yang menang menjadi arang yang kalah menjadi abu. Benang yang kusut perlu dirungkaikan. Dirungkai dengan teliti, agar benang tidan
bertambah kusut, dirungkai dengan sabar agar tidak terputus, dirungkai sedikit
demi sedikit, agar sehari seurat benang supaya akhirnya menjadi kain. Merungkaikan benang yang kusut memerlukan
jari jemari yang belum terluka....
Raja melayu dianggap sebagai saluran konsultasi atau keperundingan yang
tidak wajar diabaikan.
Nasib negara
bangsa jangan sama sekali diperjudikan,
ketika hulubalang dan bentara diarahkan untuk menajamkan senjata,
sementara suara panglima sudah semakin serak, berkemungkinan suara lembut lagi
serdahana dari takhta boleh dipohon bagi membisikkan suara ukhuwah ke arah
kesejahteraan, dalam diam semangat biduk berlaku kiambang bertaut, carik-carik
bulu semoga bercantum jua...
![]() |
Ketika dilambung ombak globalisasi atau pensejagatan, warga perlu bijaksana
mengimbangkan antara tuntutan tradisi dengan permintaan terhadap pemodenan agar
air tempayan tidak terus dituangkan kerana mendengar guruh dilangit yang belum
tentu menjanjikan curahan hujan.
Institusi beraja merupakan penerusan tradisi bagi mengekalkan identiti
bangsa, satu lambang kedaulatan dan payung mahkota.
Mungkin pelita lama namun ia kekal memancarkan cahaya dalam kegelapan. Pelita lama jangan terlalu cepat dibuang
kerana riak melihat fajar yang bakal menyingsing, ingatlah hari siang ada juga
akhirnya, jangan nanti apabila senja mendakap malam, warga mula teraba-raba,
hilang panduan dan haluan lantaran diselimuti kegelapan malam kerana pelita
lamanya telah tiada lagi....
Ulasan
Catat Ulasan