Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2013

Kekuasaan dan Politik

Imej
Sebagai seorang Melayu yang beragama Islam, saya sayangkan bangsa saya seperti mana saya sayangkan agama Islam.   Kita perlu lakukan apa yang wajar kita lakkan, demi perpaduan Melayu, pengukuhan Islam dan kesejahteraan Negara.   Semakin dekat kita dengan tarikh pengundian 5 Mei, terasa amat singkat buat kita untuk membina jambatan penyatuan sesama ummah.   Kita tetap kekal berpecah dengan pendirian dan keegoan kita dalam berpolitik.   Ketaksuban terhadap parti, diikuti pula orator yang disampaikan oleh pemidato dalam menimbulkan kebencian dan fitnah sehinggakan sampai tahap mempertikaikan keislaman dan amal ibadat solat orang yang seagama tidak akan terjadi sekiranya pihak yang berlainan pendapat berupaya berpolitik dengan cara yang sihat, bijak dan berhemah.    Politik perebutan kuasa amat mudah menjerumuskan umat Melayu ke dalam kancah polemik persengketaan.   Kuasa seringkali mejadikan manusia itu lalai terhadap hakikat manusiawi sehi...

Perpaduan Ummah....

Imej
UMNO dan PAS, dua kabilah politik melayu yang masing-masing sedang berada dalam psyche keyakinan bahawa kemenangan bakal berpihak kepada mereka.   Dalam scenario dua entiti politik yang masih belum sedia bergabung, ummah yang dikurniakan akal fikiran wajar memikirkan opsyen perpaduan yang realistik, agar usaha yang dirintis tidak dilihat sebagai memasang lampu di tengah hari, bagi mencari bayang di malam yang gelap.   Ummah perlulah melakukan orentasi yang bijak bagi memikirkan pilihan pendekatan yang lebih realistik supaya jika berladang biar menjadi, jika bersawah biar berpadi, jika padi tidak menjadi, lelah petani bertampi-tampi.    Dalam usaha untuk mencapai matlamat, Islam tidak pernah mengizinkan sebarang cara yang menyalahi lingkungan syarak.   Setiap usaha bagi mana-mana pihak dalam memperolehi kejayaan demi mendapatkan kuasa walapun mengkufurkan nama Allah, membawa kepada perpecahan ummah, mengabdikan diri kepada pihak yang menentang...

Artis dan Politik

Imej
PRU kali ramai menyaksikan artis kita berpolitik.   Ada tiga artis iaitu Aisah atas tiket PAS di Jempol Negeri Sembilan, Dayangku Intan bertanding dengan menggunakan tiket PKR di Pengerang, Johor dan Herman Tino atas tiket bebas di Tanjung Karang.   mereka ini, bukan sekadar menghadiri ceramah anjuran parti tetapi turut berkongsi pentas dengan menyuarakan pandangan mereka dan seterusnya menyatakan pendirian politik mereka terhadap parti.   Mungkin ia satu trend atau aliran yang baru, tetapi di pentas antarabangsa ianya adalah sesuatu yang lumrah.   Ramai dari kalangan selebriti ini telah berkecimpung dalam dunia politik.   Mereka ini termasuklah Ronald Reagen, mantan POTUS ke 40 yang memimpin US pada 1981-1989, Josep Estrada memimpin Filipina, Gaboner California, Terminator Arnold Schwarzeneggar, Clint Eastwood-Datuk Bandar di California, pelakon tamil MGR yang menjadi menteri Tamil Nadu, Amitabchan dan Jaya Baachan antara nama besar dalam industri dan juga...

Tuan Guru

Imej
Tuan guru Nik Aziz Nik Mat adalah nama besar dalam politik tanah air.   Saya menghormatinya selaku individu yang diberi amanah untuk mentadbir Kelantan dan pada masa yang sama turut menjadi pemimpin utama dalam PAS.   Saya tidak berhajat untuk menghina atau memperlecehkan beliau seperti mana tindakan beliau yang sering menghina atau memperlecehkan pemimpin atau karekter pemimpin yang tidak sehaluan dengan beliau.   Dan juga saya tidak mahu menjadi seperti penyokong atau pengikut taksub beliau yang turut terlalu mudah untuk menghina atau memperlekehkan pemimpin dan pengikut yang tidak sehaluan atau sama parti yang mereka naungi.   Jika tidak sama sahaja saya dengan mereka, kerja dok mengutuk orang lain dan mendakwa kita sahaja yang betul atau lebih Islam dari orang lain, tetapi pada masa yang sama mulut dan tindakan tidak menggambarkan nilai kesempurnaan akhlak yang dianjurkan dalam Islam.   Tok guru pun manusia biasa, tidak pernah terlepas dari sebarang dos...