Kesaksamaan dan Keadilan
Dalam Negara
yang majmuk seperti Malaysia, kita tidak pernah terlepas dari tuntutan pelbagai
kaum. Benar mereka mendapat
pengiktirafan sebagai warga Negara, tetapi dengan syarat mereka perlu menerima
kebudayaan, bahasa dan agama dan lain-lain hak bangsa asal sebagai tanda
kesungguhan dan keikhlasan mereka untuk mendapat hak kewarganegaraan. Namun bukan semua tuntutan itu perlu kita
layan. Kerana ada sesetengah dari tuntutan mereka tidak berpijak di bumi yang
nyata sehingga menimbulkan keresahan warga asalnya.
Benar kita hidup
dalam Negara yang menjunjung demokrasi sebagai asas pemerintahan tetapi ia
bukan tiket buat mereka untuk membuat pelbagai tuntutan yang melampau.
Sungguhpn
orang bukan melayu faham akan kedudukan Melayu dan perlembagaan ini, namun ada
ketikanya mereka menyuarakan atau mempersoalkan hak bangsa Melayu dan
Bumiputera seperti yang termaktub dalam
perlembagaan. Dalam keasyikkan dan
ketaksuban memreka untuk terus memperjuangkan penghapusan hak orang melayu dan
bumiputera, mereka terus memperjuangkan hak untuk menuntut pembesaran hak
mereka yang kononnya tertindas dan didiskrimasi baik dari segi kekayaan,
pendidikan dan hak pemilikan tanah.
Ironinya yang memperjuangkan adalah golongan yang hampir mendapat
subsidi secara langsung atau tidak langsung dari kerajaan yang diperintah oleh
orang melayu dan semua keistimewaan yang sepatutnya diperolehi oleh
warganegara. Mereka ini terdiri dari
kalangan professional peguam, doktor, jurutera, arkitek, akauntan dan golongan
peniaga berjaya.
Tidak dinafikan
ada juga yang mendapat pendidikan secara langsung dari luar Negara dan mereka
melihat penyertaan bangsa mereka sendiri seperti di US, Eropah dan
Australia. Malahan jika dibandingkan
nasib mereka di sana tidak sebaik pun nikmat yang diperolehi seperti mana
dinikmati oleh bangsa mereka di sini.
Ada juga hak tertentu dinafikan seperti menggunakan pendidikan dalam
bahasa sendiri atau meraikan hari kebesaran mereka secara besar-besaran. Bilangan mereka pun tidaklah seramai dengan
nisbah bangsa mereka di sini jika dibandingkan dengan penduduk peribumi. Di Malaysia jumlah imigran cina adalah hampir
seperempat dari jumlah keseluruhan penduduk.
Jadi ianya adalah bilangan yang agak banyak. Tun Dr Mahathir, pernah menyatakan orang
bukan melayu tidak akan memperjuangkan hak mereka andai jumlah mereka kecil,
tambahan pula kelebihan berpolitik turut dinikmati oleh mereka. Lantaran dengan sebab itulah tragedy berdarah
13 Mei berlaku dengan dasyatnya di Kuala Lumpur berbanding dengan kawasan luar
bandar kerana jumlah mereka yang agak besar dan penguasaan ekonomi mereka yang
begitu kuat mencengkam.
Kedudukan politik dan manifestasi kertas undi yang diperolehi oleh calon dan parti mereka dijadikan senjata utama untuk menghalalkan tuntutan melampau mereka. Bagi mereka kuasa politik adalah mengatasi rasional amalan perkongsian kuasa dan toleransi berbangsa. Mereka telah melanggar pantang larang berpolitik. Pada masa pemerintahan British dahulu, ramai pegawai British dirasuah dengan wang dan wanita oleh golongan ini demi mendapatkan kemudahan, tanah, permit melombong, lesen perniagaan dan konsensi. Itu dahulu, sekarang dengan penguasaan ekonomi dari golongan mereka sebanyak 40% kuasa mereka untuk merasuah orang politik dan pihak lain yang berpengaruh adalah lebih luas. Seringkali kita didendangkan dengan rasuah oleh orang melayu, tetapi bangsa lain seringkali kita terlepas pandang. Adilkah?......
Ulasan
Catat Ulasan