Persoalanku...Untuk Kepastian
Ada beberapa persoalan hendak diutarakan, bagi saya yang masih mencari jawapan bagi beberapa persoalan yang memerlukan jawapan yang konkrit, signifikan dan tidak bersifat retorik. PRU dengan manifesto atau aku janji adalah satu bentuk komitmen politik yang bakal membentuk hala tuju Negara kita untuk tempoh 5 tahun lagi...jadi adalah perlu buat saya untuk mengetahui setiap aku janji atau manifesto ini dipenuhi, bukan sekadar pelengkap bersyarat sekadar untuk memancing undi..berikut adalah beberapa pertanyaan.....
Ø
Pemansuhan pembayaran PTPTN
memang menarik, tetapi dari sumber mana dana yang akan digunakan untuk memberikan
pendidikan percuma peringkat tertiary? Ia bukan sekadar yuran pembelajaran
percuma, tetapi pengurusan penyelenggaraan universiti termasuk utiliti,
bayaranu ntuk kakitangan yang bekerja di universiti samada di kampus
(penginapan) dan fakulti selain dari yuran penginapan asrama. Peruntukkan buku – buku untuk tujuan akademik
lagi. Tambahan pula kita mempunyai lebih
dari 20 IPT yang bertaraf awam, semua itu melibatkan peruntukkan kewangan yang
bukan sedikit jumlahnya....Persoalannya duit dari sumber mana.....
Ø
Pemansuhan tol. Pengendalian dikebanyakkan dari lebuh raya di
adalah diberikan kepada konsesi dengan tujuan untuk mengurangkan beban
perbelanjaan kerajaan. Mudahnya dengan
cara ini segala tugasan penyelenggaraan akan diserahkan kepada pihak operator
yang bertindak sebagai pemegang konsesi bagi tempoh yang ditetapkan. Pembangkang mendakwa kewujudan tol adalah
untuk mengayakan kroni kerajaan. Jadi
dengan melakukan pemansuhan tol bermakna monopoli pihak tertentu akan turut
terhapus. Persoalannya berapa banyak
peruntukkan yang digunakan untuk tujuan penyelenggaraan dan dari mana sumber
duit itu diperolehi.
Ø
Pemberian gaji minimum
RM1100. Sebelum ini telah diadakan had
untuk gaji minimum RM900. Itu pun ramai
dari kalangan majikan yang tidak bersetuju untuk melaksanakannya lagi-lagi dari
pengusaha kecil dan serdahana (IKS). Ini
adalah kerana ia melibatkan penambahan kos dan belum tentu ia menguntungkan
majikan, tambahan pula ia menggalakkan pengaliran wang keluar Negara dalam
jumlah yang besar, kerana ia bakal dinikmati oleh sebahagian besar golongan
pekerja asing. Persoalannya apakah
mekanisme yang terbaik untuk membentuk keadaan menang-menang dan pada masa yang
sama boleh mengekalkan kelestarian kewangan Negara kita?
Ø
Penurunan harga minyak. Berapakah had penurunan yang bakal
diumumkan. Kita perlu realistic dan
praktikal. Kita tidak mahu
memperuntukkan terlalu banyak dari peruntukkan kewangan Negara kita untuk
tujuan subsidi sehingga menafikan peruntukkan pembangunan lain. Ini baru subsidi untuk minyak belum lagi
subsidi bagi lain-lain keperluan. Subsidi
ini diibaratkan belanja hangus. Penyaluran subsidi ini perlu dilakukan kepada
golongan yang sepatutnya sahaja dan ia perlu dilakukan dengan adil. Adilkah golongan kaya dan berkemampuan untuk
menikmati harga yang sama dinikmati oleh golongan miskin?
Ø
Penurunan cukai eksais bagi kenderaan bermotor khasnya kereta. Ia perlu dilakukan dengan adil, supaya ia
tidak menjejaskan pasaran kereta tempatan.
Keadilan harus diberikan kepada pengusaha tempatan. Ia perlu berdaya saing dengan memastikan kos
pengilangan sehingga penjualan adalah berpadanan dengan kemampuan kewangan
syarikat tempatan. Apa maknanya jika penurunan harga kenderaan import itu
sehingga menjejaskan pengeluaran kereta tempatan, sehingga menyebabkan
berlakunya kehilangan daya saing serta memaksa industri kereta tempatan gulung
tikar. Ia harus dilakukan dengan
bijak.
Setiap agenda yang bakal dilakukan dengan tujuan memancing undi
harus berpaksikan kepada keadaan kewangan Negara. Kita perlu mengambil kira kekuatan kewangan
kita. Benar kita seronok berjanji dengan
menjanjikan pelbagai perkhidmatan yang percuma dan pelbagai bentuk penurunan
cukai. Jika semuanya percuma dan turun,
bermakna pengaliran keluar wang. Jadi
duit masuknya di mana? Negara perlu ada
sumber pendapatannya sendiri. Dari mana
sumber duit itu diperolehi? bagaimana ia
dibelanjakan? Apa bentuk perancangan ekonomi strategic yang yang dilakukan
dalam memperolehi semula wang yang dibelanjakan untuk menampung pelbagai bentuk perkhidmatan percuma dan penurunan
harga serta pemberian subsidi? Kita
perlu ada pelan perancangan pembangunan jangka pendek, serdahana dan panjang
yang jelas dalam memastikan kelestarian
kewangan Negara kita. Mekanisme itu
perlu diperjelaskan kepada rakyat.
Jangan sekadar seronok berbelanja, jika tidak cukup kita berhutang
dengan pihak luar sehingga ia menyebabkan kadar hutang kita melebihi dari kadar
yang sepatutnya. Impak dari perbelanjaan
melebihi dari sumber perolehan (kemasukkan wang) akan menyebabkan defisit
kewangan dan peningkatan inflasi.
Kesannya rakyat akan
menanggung semata-mata dasar kerajaan yang ingin menjadi popular dengan
pendekatan populis. Untuk jangka pendek
kita memang merasai nikmat dari janji yang diberikan, namun untuk jangka
panjang ia akan menyebabkan bebanan kepada sistem kewangan kita. Apakah kita akan dikenakan dengan pelbagai
bentuk cukai yang tinggi hanya kerana perlu menampung kesan akibat dari
perbelanjaan yang tidak berhemah.
Sebagai rakyat, saya menginginkan kehidupan yang aman, selamat dan
selesa. Kesempurnaan bukanlah jaminan
untuk kebahagian. Tiada siapa yang
berani menjamin kesempurnaan yang bakal dinikmati oleh semua menerusi manifesto
dan aku janji. Namun apa yang terbaik
adalah kelestarian dan kemampanan yang boleh kita nikmati. Mungkin ia bukanlah yang terbaik, namun
itulah yang terbaik untuk Negara kita.
Kita tidak perlu janji yang tidak boleh ditepati atau mustahil untuk
dilaksanakan, tetapi apa yang maju kita boleh mencapai sasaran seperti yang digariskan dalam hala tuju besar
kita. Kita perlukan pendekatan yang
praktikal beserta agenda besar yang terancang, tersusun dan besistematis. Semua pihak boleh mendapat nikmat dari
pembangunan dan perancangan yang dibuat tanpa perlu mengorbankan apa yang telah
diusahakan semenjak dahulu. Bukan mudah
untuk membangunkan apatah lagi memajukan sesebuah Negara. Lebih mudah kita meruntuhkan Negara dengan
pelbagai bentuk janji yang tidak munasabah.....
Ulasan
Catat Ulasan