Dilemma Melayu Baru
Kuasa penulisan
boleh memberikan kita kesedaran dan kepekaan kita terhadap nasib bangsa kita. Ia juga dapat merasakan denyutan nadi
kehidupan bangsa yang perlu bersaing hebat dengan bangsa lain dalam zaman
ledakan sains dan teknologi yang tiada wujud jurang sempadannya. Sama ada maklumat yang diperolehi dalam surat
akbar perdana, tabloid atau siasah mahupun pelbagai portal berita talian
semuanya mempunyai kepentingan dan signifikans yang tersendiri. Apa yang penting adalah ketepatan fakta,
integriti, ketajaman fikiran, keberanian dan pengetahuan mendalam mengenai apa
yang ditulis. Sudah pasti penyampaian
yang dilakukan akan mencuit perasaan atau fikiran seseorang. Yang lebih penting ia cuba membawa pembacanya
ke satu tahap yang perlu menyedarkan bahawa nasib bangsa terletak ditangan
mereka dan nasib sesuatu bangsa itu akan berubah jika mereka berusaha. Bangsa melayu kini berada di persimpangan....
Kita melihat
perubahan yang berlaku yang berlaku di merata dunia, yang tidak semestinya
menjanjikan kehidupan yang diingini.
Kita juga perlu sedar bahawa apa yang kita capai pada hari ini bukanlah
mudah dan mungkin kita tidak pernah mengimpikan kehidupan sebegini sebelum kita
mencapai kemerdekaan. Kelahiran golongan
pasca kemerdekaan ditengah kemakmuran Negara dan tidak pernah mengetahui
ataupun mengambil peduli tentang
kesukaran dan jerih perit perjalanan yang perlu dirintis oleh pejuang terdahulu
dalam merintis perjalanan untuk sampai ke tahap yang boleh membanggakan
Negara. Akibatnya rasa syukur dan
berterima kasih kurang wujud dalam diri dan fikiran mereka. Yang wujud Cuma perasaan tidak pernah puas
hati, ditambahi pula dengan sogokan pelbagai aliran pemikiran barat yang
menginginkan kebebasan mutlak tanpa memikirkan kesan dan akibat terhadap
bangsa, agama, bahasa dan budaya bangsa lain.
Maka hilanglah
perasaan jati diri dan kesedaran berpolitik secara bijak lantaran ketaksuban
yang melampau terhadap politik yang mereka naungi. Mereka membuat pelbagai tuntutan yang
bukan-bukan tanpa berpijak kepada bumi yang nyata dan persekitaran yang mereka
diami. Cara mereka berfikir dan
bertindak telah berubah. Ia sedikit
sebanyak mengancam survival bangsa sendiri jika mereka berterusan hidup dalam
perpecahan tanpa ada daya usaha untuk bersatu padu demi perkara pokok. Ia mengwujudkan dilemma kepada bangsa
Melayu. Dahulu kita menghadapi dilemma Melayu
seperti yang diperjelaskan oleh Tun Dr
Mahathir lewat buku beliau Dilemma Melayu.
Mungkin tidak jauh berbeza dengan apa yang dialami dalam dilemma
terdahulu dengan sekarang.
Biarpun
rata-rata telah banyak mencapai kemajuan dengan kelahiran golongan kelas
menengah melayu yang ramai khas dalam membentuk kelompok professional melayu
namun ramai yang tidak menyedari bahawa kedudukan dan hak mereka yang
sepatutnya dipertahankan kian terancam dan kerana itu mereka menganggap tidak
perlu kepada perjuangan membela kebangsawanan dan ketuanan melayu dan
islam kerana takut dikatakan rasis. Malahan yang lebih malang, mereka menjadi
agen kepada menyokong perpecahan. ADUHAI
BANGSAKU..DELIMMA MELAYU, sememangnya ia tidak pernah berakhir. Tetap akan dimainkan dan berlaku, cuma yang
membezakannya hanyalah keadaan dan zaman, namun kita masih tetap sebegitu,
bergelut dengan masalah sesama sendiri.
Ulasan
Catat Ulasan