BUKU dan PEMBACAAN



Buka facebook, kebanyakkan kandungan dipenuhi politik kepartian...pening-pening, yelah PRU.  Jom kita santaikan minda dengan artikel atau catatan ringkas berkenaan keajaiban dunia PERBUKUAN DAN PEMBACAAN..... 



Buku mampu menginspirasikan kehidupan seseorang dan ia menjadi satu keperluan dalam kehidupan.  Minat membaca yang tinggi merupakan salah satu factor utama yang membuatkan kita boleh berhasil dalam menghadapi cabaran kehidupan.  Melalui buku, kita bisa mempelajari banyak perkara yang belum kita ketahui sebelumnya.  Penjelasan mengenai semua permasalahan di dunia boleh kita dapatkan hanya lewat sebuah buku, tanpa perlu bertemu dengan penulisnya.  Untuk itu, tumbuh minat minat kebiasaannya adalah sangat dipengaruhi oleh lingkungan persekitaran khasnya peranan keluarga itu sendiri yang merupakan asas pertama pembelajaran paling awal......

 
Buku adalah satu keperluan, ia bukan kehendak.  Ia merupakan bahagian yang tidak wajar dipisahkan dalam kehidupan kita seharian.  Kita boleh membuktikan bahawa tanpa kelulusan yang tinggi kita bisa hidup.  Untuk itu kita harus membaca sebanyak yang mungkin, lebih dari mereka yang berkelulusan tinggi.  Kita akan merasa yakin jika kita memperlihatkan prestasi menerusi hasil pembacaan kita, kita tidak akan menemui kesulitan dalam kehidupan kita.....(Ajip Rosidi)

Membaca karya – karya sastera menjadikan kita lebih humanis, lebih mendalami makna manusiawi dan lebih arif dalam memahami permasalahan serta sekaligus misteri.  Membaca memang tidak dapat dipisahkan, membaca mengendapkan semua yang dibaca, merefleksi dan lalu dituangkan melalui penulisan dengan mempertimbangkan konteks serta relevansinya dalam lingkungan sosial yang sering berubah-ubah.  Membaca memerlukan etos, komitmen dan konsistensi.  Terdapat ramai kalangan kita yang rajin membaca, tetapi tidak punya etos dan ketrampilan sebagai penulis.  Ada juga yang mempunyai ketrampilan atau karismanya dalam penulisan, tetapi tidak atau kurang memiliki etos, komitmen dan konsistensi yang baik dalam membaca dan kemahiran menulis.    




Kegemaran membaca buku akan lebih berkembang apabila disertai dengan penguasaan bahasa yang baik.  Meskipun demikian kegemaran membaca dan mempelajari bahasa perlu dilandasi dengan ketekunan dan minat yang mendalam kerana umumnya ia adalah proses yang panjang.  Kita perlu menginsafi bahawa pengetahuan dan ilmu yang kita perolehi, khasnya menerusi pendidikan formal adalah tidak memadai.  Dunia terus berputar, ilmu pengetahuan terus berkembang dengan dinamik sekali sesuai dengan zamannya.  Bagi mereka yang bijak tiada batas usia untuk terus belajar dan menuntut ilmu demi dalam memperluaskan dan mengembangkan wawasannya.  Tidak perlu kita membaca semua buku yang kita miliki, namun apa yang penting kita harus bijak menemukan hikmah penjelasannya dengan cepat di saat kita memerlukannya menerusi buku yang kita miliki......

Demokrasi hanya akan berkembang di dalam masyarakat apabila warganya adalah pembaca buku dan bukan sekadar pembicara.  Hal ini adalah wajar kerana dalam demokrasi pasti terdapat kehidupan politik yang berpasangan dengan individu yang merdeka yakni mereka yang berjiwa besar, berkemampuan untuk berfikir diluar kotak dan bermandiri dalam tindakan.  Modal bagi pembentukan individu yang merdeka atau autonom adalah menerusi kebiasaannya iaitu membaca dan hal-hal yang berkaitan dengan pembacaan.  Ia akan menjadi lebih bermakna jika diiringi dengan kegiatan penulisan yang konstruktif.  Membaca dan menulis bukan sekadar hobi malah lebih dari itu, ia menjadi satu keperluan dan kewajipan.  Secara nasionalnya, masalah perbukuan nasional boleh berkembang jika budaya membaca di dalam masyarakat kita turut berkembang.  Kerana pembudayaan ini memerlukan waktu yang secara relatifnya mengambil masa, berterusan dalam penilaian dan penghargaan, peneladanan semulajadi dan boleh dibiasakan.  Untuk ini budaya membaca harus bermula di rumah dengan menerapkannya seawal yang mungkin.  Membaca perlu dibiasakan oleh ibu bapa kepada anak-anaknya, sehingga ianya dirasakan sebagai satu keperluan yang perlu dicari.....


Membaca buku dan belajar seumur hidup merupakan satu keharusan bagi setiap orang untuk terus boleh mengikuti perkembangan suatu bidang yang digelutinya.  Semakin banyak kita membaca buku dan belajar, semakin kita sedari bahawa banyak sekali yang perlu kita pelajari untuk mengetahui perkara yang tidak kita ketahui.  Semakin banyak buku yang kit abaca, semakin kita sedari bahawa kita bisa berkenalan tanpa perlu untuk bertatap muka sekaligs belajar dari pemikir dan pakar unggulan dunia.  Bergumul sendirian akan menyebabkan kita letih dan mungkin akan mengecewakan kita.  Lantaran kerana itu belajar dari buku-buku yang ditulis oleh pakar-pakar dan penulis unggulan dunia akan memberikan kita manfaat bagi mengembangkan wawasan dan kompetensi professional serta menambah kearifan kita dalam menghadapi permasalahan dan tantangan. 

Membaca buku boleh mengembangkan imaginasi kita dan menambahkan daya kreativiti.  Buku yang hebat memiliki tiga ciri penting iaitu ia menghiburkan dan mengasyikan, ia mempunyai fungsi untuk mengajar sesuatu dan ia menyebabkan kita tergerak untuk melakukan atau mempraktikkan sesuatu...




Keasyikan membaca buku adalah berawalkan dari keasyikan memasuki dunia penceritaan yang tertulis di dalamnya.  Jika membaca sekadar untuk mengisi masa lapang ia akan menyebabkan ia hilang kesaktiannya dan apabila hilang keasyikan untuk membaca ia dengan sendirinya akan menghilangkan keajaiban buku tersebut.  Untuk ia perlu mengalami satu proses transformasi yang tersusun.  Bermula dengan minat yang tumbuh terhadap buku itu sendiri, menyaksikan keajaiban cerita-cerita yang muncul dari baris-baris hitam di atas halaman buku-buku, merasakan keakraban sentuhan dengan unsur-unsur kebendaan buku itu sendiri serta berasosiasi dengan buku tersebut.  

Buku itu memberikan kesedaran untuk berpolitik.  Kesedaran nasionalisme yang dipupuk lewat buku menjadikan seseorang itu bertemu dengan tokoh-tokoh dunia dan berkesempatan menimba ilmu serta mulai mendalami ilmu berkenaan.  Penulisan berkenaan sesuatu isu adalah lebih dipengaruhi dengan persekitaran yang begitu mendesak dan beberapa kali mengalami perubahan yang drastic.  Pengalaman ini menimbulkan cita-cita untuk mencerdaskan kehidupan bangsa.  Berbagai pengalaman praktis juga dapat memupuk kepeduliannya pada permasalahan politik.  

Sun Yat Sen berkata “Bahawa yang sesungguhnya membedakan antara manusia dan haiwan adalah buku”......Buku adalah elemen untuk pencerahan diri.  Ia membukakan pintu cakrawala dengan limpahan pengetahuan.  Dengan membaca buku, ia mendidik diri kita sendiri.  Ia tidak menyandangkan gelar kesarjanaan. 




Betapa luas kesempatan yang diberikan sebuah buku untuk mengembangkan kreativiti kita.  Jelas membaca itu bukan satu proses yang pasif atau kaku, tetapi ia adalah proses aktif dan kreatif.  Akan tetapi juga, membaca buka hanya proses pergulatan kreatif yang berat, melainkan proses yang indah dan romantis.  Membaca adalah sesuatu yang berkait dengan pembaca itu sendiri.  Ia tidak mempedulikan, apa yang dibaca terhadap kandungana atau isi di dalamnya.  Yang penting, buku itu boleh membangkitkan, merangsangkan dan menyenangkan kerinduan yang ia punyai dalam dirinya sendiri. 

Saat kita tenggelam dalam lautan pembacaan, saat itu seolah-olah buku telah berubah peranannya menjadi guru yang sangat efektif dalam mengajar bahkan membentukkan pola pemikiran kita kerana pada saat itu hambatan psikis hampir tidak berlaku.  Ertinya buku sebagai guru menjadi sangat berkesan untuk mengubah keadaan, iaitu dari tidak tahu kepada tahu.  Peranan yang sangat berkesan ini dilakukan oleh buku  yang kit abaca dengan bersungguh-sungguh, lantaran itu buku menjadi satu instrumen yang baik sekali buat pembacanya.  Wajar sahaja kerana sewaktu kita membaca ada proses interaktif antara pemikiran kita selaku pembaca dengan pengarang menerusi pancaindera penglihatan kita.  Proses ini menjadi sangat efektif sehinggakan fikiran, konsep, pandangan dan segala yang dituangkan oleh pengarang ke dalam bukunya akan mengalir secara bebas halangan ke dalam fikiran kita menembusi batas-batas privasi.  




Kita senang sekali membaca kerana kita menikmati pembacaan kita.  Kebiasaan atau minat membaca ini dipupuk sejak kecil lagi.  Buku –buku dapat membangunkan dan mengembangkan karektor kita.  Ia mendidik supaya kita tidak menjadi terlalu fanatic terhadap sesuatu perkara.  Membaca juga membentuk satu kelebihan iaitu kita mampu berfikiran dengan lebih kreatif dan inovatif dalam mencari penyelesaian terhadap sesuatu persoalan.  Jika kita tidak rajin membaca, tentulah kita akan meminta bantuan orang lain dan ini tidak melatihkan daya kreativiti kita.  

Buku itu adalah jendela dunia.  Setiap kali membukanya, bertambahlah bentangan cakrawala pengetahuan kita.  Dia juga guru dan teman berbual, yang dengan kita sukarela mengikuti arahanya, ketika dalam keadaan gembira dengan mata yang terbeliak, atau dalam keadaan menyentuh emosi sehingga menitis air mata, kita kagum akan kedalaman nikmatnya.  Buku juga mempunyai ‘kaki’ yang kerana proses perletakkan watak sebagai hasil interaksi dengannya, membuatkan kita tidak diam menjalani  kembara kehidupan.  Buku adalah teman pembicara sepanjang penziarahan kita. Moga kita bisa menambah motivasi dan bersemangat untuk terus membaca.....

Buku dan perpustakaan.  Dua entity yang tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain.kedua-duanya memiliki keterkaitan yang sangat erat.  Bayangkan jika kita menginginkan sebuah buku dan kita tidak dapat menemui atau memilikinya serta tidak tersimpan dalam perpustakaan, proses pembelajaran kita akan menjadi terbantut.  Sebegitu jugalah jika sebuah perpustakaan itu berdiri, namun tidak terisi buku-buku di dalamnya.  Tentunya sangat sulit bagi membayangkan hal sedemikian kerana pada dasarnya perpustakaan merupakan kompleks informasi yang berupa buku-buku, lebih-lebih lagi dalam konsep perpustakaan konvensional.  Lantaran dengan itu, pengupayaan untuk mengembangkan budaya membaca dan budaya mengunjungi perpustakaan perlu dilakukan dengan pendekatan sinergis.



Pengajaran yang dapat diperolehi dari buku adalah membaca buku yang bukan hanya satu kehendak bagi segelintir pihak.  Setiap orang uang menginginkan kejayaan boleh memulai langkah dengan membaca bku.  Buku merupakan sarana kita bagi mengenal kehidupan, mengenal diri sendiri dan mengenali dunia.  Jangan peduli siapa yang membacanya.  Asalkan ia boleh mengubah cara pandangannya dalam meihat sesuatu menjadi positif, ia boleh melanjutkan langkah kita untuk menuju kejayaan....  

Ancaman terbesar yang memerlukan keupayaan besar adalah paradigma negatif masyarakat terhadap buku dan perpustakaan.   Ia merupakan satu sudut pandangan seseorang dalam mempengaruhi sikap dan tingkah mereka.  Jika ianya negative,mereka cenderung untuk menolak sesuatu perkara yang dianggap tidak memberikan mereka manfaat.  Sebaliknya jika ia positif, mereka dengan mudah boleh menerimanya.  Maka ciptakanlah paradigma atau pandangan yang positif terhadap buku dan perpustakaan.  Pendekatannya, adalah perlu penyemaian benih  kecintaan terhadap perpustakaan.  Dengan baiknya cara kita mendekati, imej atau citra akan melekat pada perpustakaan di mata masyarakat akan tumbuh dengan baik.  Seterusnya, citra berkenaan akan menjadi momentum dorongan mereka bagi mengubah pandangan negatif mereka terhadap perpustakaan selama ini.   

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Doa untuk Anak-anak

Memori pentauliahan Intake 21 UPM..

Kenapa saya suka membaca