KEBANGSAWANAN BAHASA MELAYU
Mengajar Bahasa
Melayu (BM) adalah satu tugas mulia.
Kita bertanggungjawab memberika kemahiran berkomunikasi kepada bangsa
kita. Oleh itu ajarlah dengan
sebaik-baiknya yakni dengan mengajar Bahasa Melayu Tinggi (BMT) iaitu bahasa
sekolah (istilah Za’aba). Bahasa orang
terpelajar adalah bahasa persuratan.
Berhentilah dengan memberikan BM yang rendah.
Orang yang bertutur dalam bahasa yang tinggi,
iaitu bahasa yang diasosiasikan dengan kelas berpendidikan dalam kelas menengah
dalam sesuatu masyarakat akan mempunyai peluang yang lebih baik dalam mencipta
mobiliti sosial untuk dirinya. Ini bermakna
mereka dapat berpindah dari kelas rendah ke kelas menengah. Orang yang bertutur dalam bahasa yang tinggi
akan dilihat sebagai orang terpelajar dan orang yang berkebolehan. Bayangkan Presiden Obama yang berkempen
menggunakan bahasa afro yang berkelas rendah adakah mungkin boleh boleh
dicalonkan sebagai POTUS? Dan adakah menerusi bahasa yang rendah tarafnya boleh
memberikan keyakinan terhadap bangsa Amerika untuk memberi undi kepada beliau?
Ya bahasa memainkan peranan yang sangat penting.
Oleh itu didiklah bangsa kita dengan
-
Sebutan bahasa yang betul
-
Penggunaan imbuhan yang lengkap
-
Penggunaan susun kata yang
betul
-
Menggunakan perkataan penuh,
bukan singkatan
-
Menggunakan perkataan dengan
bantuan kamus
-
Dan juga menggunakan panggilan
atau sapaan yang betul
Jika ini dapat
dilakukan barulah dapat kita meyakini dan menjiwai makna Bahasa Jiwa
Bangsa. Barulah bahasa kita merentas
semua sempadan taraf social dalam stara masyarakat. Barulah bahasa kita diperlihatkan taraf
KEBANGSAWANAN BAHASA MELAYU.....
Ulasan
Catat Ulasan