Ulama dan Pemerintahan...
Kita seringkali diberi gambaran tentang pemerintahan yang
adil. Sesiapa sahaja sahaja boleh mendakwa
mereka adalah pemerintah yang adil dan berteraskan Islam. Orang lain tidak Islam hanya mereka sahaja
yang sempurna Islamnya. Lebih malang
lagi sehingga sanggup memurtadkan orang Islam lain dengan gelaran kafir
semata-mata tidak menyokong agenda dan idealisme perjuangan mereka. Dalam sejarah pemerintahn Islam yang panjang,
bukan semua pemerintah yang berjaya dalam aspek pemerintahannya seperti mana
yang digarispanduankan oleh Nabi Muhammad.
Tidak dinafikan ada yang benar-benar berjaya memerintah seperti yang
dikehendaki oleh Al-Quran dan Sunnah Nabinya.
Itu wajar kita berikan kredit. Namun
ada juga terpesong dari ajaran asalnya gara-gara ketaksuban mereka keatas
golongan ulama suk (terpesong).
Contohnya dibawah pemerintahan Yazid II dan beberapa
pemerintah lain dibawah pemerintahan Umaiyyah, ramai golongan ulama yang
terpesong dan memberikan pelbagai fatwa yang mengarut. Hal ini menyebabkan
kucar kacir terhadap pentadbiran dan berlakunya keruntuhan moral. Selain dari
itu di zaman akhir Umaiyyah dan di awal pemerintahan Dinasti Abbasiyyah pula
golongan Muktazillah yang dipelopori oleh Wasi B Aata menganjurkan doktrin yang
tidak mengiktirafkan Al-Quran sebagai wahyu Allah sebaliknya hanya ciptaan
Nabi Muhammad dan solat orang yang
berdosa tidak diterima oleh Allah. Ulama
ini berjaya menpengaruhi golongan pemerintah termasuk Yazid III, Raja Marwan
III, Al Ma’mun, Al-Mu’tassim dan al Watiq.
Biarpun ilmu pengetahuan berkembang pesat di zaman pemerinthan Al Ma’mun,
namun beliau adalah golongan fanatic dan seringkali membuat fatwa yang pelik
dan keputusan yang kontroversi seperti menghalalkan kahiwn mutaah. Ramai golongan ulama yang menentang keputusan
pelik beliau dihukum penjara dan diseksa untuk tempoh yang panjang.
Di samping itu Nasiruddin Tusi yang ulama dan imuwan hebat
dibawah pemerintahan Abbasiyah Al Mu’tassim turut melakukan pengkhianatan dan
ketidaksetiaan terhadap pemerintah.
Melalui beliau jugalah Kota Baghdad dimusnahkan oleh Hulagu Khan
sehingga membawa kepada pembunuhan pemerintah terakhir Abbasiyyah. Ulama suk juga wujud di zaman pemerintahan
Fatimiyyah (Syiah)di Mesir. Fatwa yang
jelas bertentangan dengan ajaran Islam seperti mengharamkan solat Terawih, menghina
Khulafah Ar-Rasyidin serta mengukum
kepada pengikut mazhab Maliki. Namun pemerintahan
ini dimusnahkan oleh Sultan Salahuddin al Ayubi yang merupakan seorang pengikut
Hanafi.
Manakala di India, ulama suk ini melakukan pendewaan atau
pemujaan yang melampau terhadap pemerintahan Moghul iaitu maharaja Akbar. Demi mendapatkan keistimewaan mereka sanggup
mengatakan bahawa baginda adalah manusia yang sempurna dan penyelamat umat
Islam sehinggakan mengubah syahadah dengan meletakkan nama baginda menggantikan
Nabi Muhammad.
Benarlah kata-kata Iman Ghazali “ MERANANYA RAKYAT ADALAH
KERANA PEMERINTAH, TETAPI MERANANYA PEMERINTAH ADALAH KERANA ULAMA”...pilihan
di tangan kita....dalam sejarah Islam sendiri ramai membuktikan ramai ulama yang
asalnya baik tetapi akhirnya terpesong kerana tamakkan kekuasaan, harta dan
nama. Mereka gagal untuk mentadbir
dengan baik sehingga menjadikan umat Islam berbalah sesama sendiri dan membuka
peluang untuk dijajah dan dikuasai oleh golongan opurtunis baik dari kafir
mahupun golongan liberalis Islam yang mempunyai hubungan baik dengan musuh
Islam.
Ulasan
Catat Ulasan