Catatan

Tunjukkan catatan dari 2012

Terasa lapar, nafsu makan dan otot

Imej
Perasaan mengantuk boleh menimbulkan rasa lapar.  Ini adalah kerana kadar hormone ghrelin yang merangsang nafsu makan apabila kita kurang tidur (Brooke Joanne Benlifer, dari Cornell University, AS).. Nafsu makan boleh meningkat kerana sinaran cahaya matahari redup akan mempengaruhi emosi kita.  Ia membuatkan hormo serotonin tidak stabil.  Hormone ini sangat peka terhadap cahaya sehingga boleh meningkatkan nafsu makan.. Percaya tak, otot-otot yang bergerak boleh membuatkan pembakaran kalori diproses dengan cepat.   Contohnya dengan hanya menggosok baju, selama 40 minit kita mamp membakar sehingga 100 kalori.  Bayangkan jika kita berlari atau beriadah atau bersenamrobik, pasti lebih dari itu...

PEGAGA

Imej
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengiktirafkan pegaga sebagai herba Herba 1001 macam kegunaan dan manfaat menjana kecerdasan berfikir di kalangan kanak-kanak.  Membangkitkan selera makan Membantu meredakan masalah penghadaman dan mengatasi permasalahan buasir kerana kandungan seratnya yang tinggi Melancarkan aliran haid bagi wanita Ubat untuk merawat keputihan dan gatal-gatal pada faraj Menyejukkan suhu badan dikala demam Mengurangkan permasalah najis berdarah Mengawal paras gula dalam darah dikalangan pesakit kencing manis Dan yang paling penting MENGURUSKAN BADAN....

Motivasi Untuk Bersenam

Imej
Bersenam tidak semestinya memerlukan anda pergi ke pusat kecergasan.  Ia boleh dilakukan di mana-mana sahaja.  Untuk bersenam, yang penting bukan kuantiti sebaliknya kualiti.  Contohnya aerobic dan berlari dan berjalan laju   Aerobic / berlari Aerobic sangat baik untuk ketahanan kardiovaskular tetapi ia mengurangkan kepaduan otot dan kepadatan rangka tulang sebelah atas tubuh.  Otot menggunakan bahan bakar yang disimpan dalam otot.  Satu kg otot menggunakan bahan bakar sama seperti orang yang berlari satu km sehari.  Selepas berumur 35 tahun, mereka yang kurang aktif akan kehilangan 250 g otot dalam setahun dan menambah 700 gram lemak.  Justeru latihan fizikal yang konsisten akan melambatkan proses penenuaan... Berjalan laju (brisk walk) Berjalan merupakan satu latihan senaman terhadap organ kardio.  Ia bukan sekadar membantu membina otot-otot pada kaki dan bahagian belakang, sebaliknya dengan berjalan laju ...

Kenapa orang MALAS bersenam..

Imej
Alasan tiada MASA sebab kita GEMUK, maka kenapa perlu bersenam Alasan DIET, maka kita ambil kesempatan malas bersenam Alasan, SAYA MALAS BERSENAM..  lagi tidak boleh pakai... Alasan, saya memang malas ke GIM kerana tidak mahu bertubuh besar. Alasan yang bukan alasan, Sememangnya anda memang MALAS.. Alasan senaman sememangnya MELETIHKAN

5 Tips Kesihatan

Buka tingkap dahulu.. Bukalah tingkap kereta terlebih dahulu sebaik memasuki kereta dn jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa.  Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan benzene iaitu bahan penyebab karsinogen.   Ia bertindak sebagai racun kepada tulang menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih (leukimea) Azam baru Tuliskan azam tahun baru anda dan  tetapkan apa matlamat anda..sebagai contoh untul mendapatkan berat badan yang ideal.  Apa menu yang perlu diambil dan regim senaman yang perlu dipraktikkan...ubah dan transformasikan penampilan diri anda... Kuatkan semangat Jika anda memiliki berat badan berlebihan, usahakanlah supaya anda supaya tidak lagi bergelar BOBOI..  Tidak dinafikan ia sukar dilakukan secara drastic.  Namun percayalah jika anda kuatkan semangat dan tidak menyerah kalah, matlamat anda pasti tercapai.. Berjalan dengan kerap Jika ...

Aktiviti ketika cuti

Imej
Asal tidak bekerja atau cuti...pagi2 berlari di Taman Rekreasi Sungai Buloh, seorang diri. Dapatlah 6km..semalam pun dah berlari (6km), sabtu ada treasure hunt bawah fat2fit club di Shah Alam, kelolaan HERBALIE (berlari dan bersenamrobik).. Selepas berlari minum aloe 500ml, FI plus oat dalam 500ml.. berikut adalah keputusan hasil dari timbangan menerusi alat TANITA BMI hari ini 23.5 (normal),  Lemak tubuh 20 % (normal lagi dalam julat 18.0 – 21.4), lemak visceral 8 (masih sihat julat 5-8),  jisim tulang 2.7kg (normal dengan berat 65kg),  Jisim otot/physique rating 48.9/5 (normal-sihat), Umur Metabolik 31 (muda dari umur   sebenar, agak baik, tetapi kena berusha untuk merendahkan lagi), air tubuh 58% kurang (sepatutnya 60% ke atas) BMR 1448 Kalori..sesuai dengan berat...(bagi lelaki antara 1800 - 2000 bagi lelaki dan 1600 - 1800 bagi perempuan)  Apa –apa pun saya kena berusaha lagi..dengan suasana kerjaya menjadikan masa saya terhad ...

Food that fight depression

Tabiat makan yang baik adalah penting untuk mengoptimumkan keberkesanan dan menangani kemungkinan kesan sampingan ubatan yang digunakan…. Mereka yang tidak pernah makan dengan baik berfikir bahawa ia sama baiknya dengan apa yang mereka rasakan, sehinggalah mereka mengubah diet yang perlu dan menyedari betapa baiknya apa yang dirasa.  Seperti mana begitu banyak penyakit lain yang perlu dinyatakan, ia bukanlah mengenai memberi tumpuan kepada nutrien yang khusus, tetapi memberi tumpuan kepada diet makanan yang tulen yang seimbang.  Otak yang mendapat khasiat makanan yang secukupnya akan berfungsi dengan sebaiknya.  Memberikan tubuh makanan yang betul boleh membantu penyembuhan…Richard Collins : Food that fight depression

My passion…

Saya adalah jenis yang suka bersenam dan berlari. Rutin sewaktu di asrama semasa belajar di MRSM setiap petang selepas waktu prep, saya akan berlari di kawasan blok akademik dan pentadbiran. Untuk satu pusingan blok akademik dan pentadbiran adalah 600 meter. Saya berlari bersama abang yang bekerja sebagai krew yang menyediakan makanan di dewan makan. Saya pun telah lupa namanya. Bersamanya saya berlari dan belajar teknik saya larian yang betul khasnya untuk larian jarak jauh. Kebiasaannya saya akan berlari dengan dia dalam 10 pusingan, dipusingan akhir kami akan speed up langkah larian dan sprint untuk 100 meter yang terakhir. Hanya saya sahaja yang setia mengikutnya berlari, rakan-rakan lain tidak mampu untuk mengikuti rentak lariannya…selama 2 tahun saya rajin mengikutnya berlatih. Mungkin hanya saya sahaja dari kalangan Batch 12 di MRSM Beseri kemasukan 96/97 yang masih berlari dan saya gembira jika ada kalangan mereka yang masih lagi rajin berlari atau bersenam.. Saya be...

Kenapa saya suka membaca

Membaca adalah satu keperluan minda yang asasi..sebagaimana perut kita berkehendakkan makanan dalam meneruskan kelangsungan hidup bagi memenuhi keperluan asasi, begitu halnya juga dengan minda yang memerlukan makanan dalam bentuk bacaan dan pemikiran.  Seringkali orang membandingkan otak orang jepun dengan melayu..secara jenakanya mereka mengatakan otak melayu adalah lebih besar dari otak jepun..ini adalah kerana orang jepun suka berfikir dan sangat kuat membaca berbanding dengan orang melayu yang suka membuang masa dengan malas membaca atau berfikir..kasar juga bentuk lawak sebegini.tetapi itulah hakikatnya yang harus diterima oleh kita..bukan semua yang malas membaca, tetapi majority tidak menjadikan hobi membaca sebagai satu bentuk budaya dan tabiat.. Seringkali saya menaiki LRT atau komuter atau keretapi atau bas dalam perjalanan melalui lebuhraya atau juga kapal terbang, melihat begitu ramai orang yang menaiki sekadar termenung atau mungkin  berfikir..baguslah jik...

Bulan Bahasa Kebangsaan : Di mana hala tujunya...

Imej
Bulan Oktober yang disinonimkan dengan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) dengan mengekalkan tema 1 Negara 1 Bangsa dan 1 Bahasa telah pun berakhir.  Namun agenda perjuangan pemartabatan Bahasa Melayu (BM) tidak pernah berakhir.  Ianya satu usaha yang berterusan selagi BM belum didaulatkan dengan semutlaknya di bumi kelahirannya sendiri.  Iklan berkenaan pemartabatan BM yang mana dalam satu masyuarat yang dipengerusikan oleh majikannya berbangsa Melayu, dihadiri oleh pekerja berbangsa Melayu, Cina dan India.   Majikannya bertanyakan berkenaan status projek dalam bahasa inggeris, namun pertanyaannya dibalas dengan BM oleh pekerja berbangsa Melayu dan Cina.  Mungkin disebabkan merasa malu beliau menukarkan kepada BM apabila bertanyakan soalan yang sama kepada pekerja beliau berbangsa India.  Indah sungguh situasi sebegini apabila digambarkan dalam dunia pekerjaan.   Namun realiti dan hakikatnya, BM dalam mana-mana mesyuarat sama ada bagi penjawat...

Lagenda Ultra Marathon

Imej
CLIFF YOUNG @ CLIFF SHUFFLE 1983  SYDENY Australia…bermulanya satu perlumbaan Westfield dari Sydney ke Melbourne satu perlumbaan ULTRA MARATHON dengan jarak sejauh 875 km yang disifatkan sebagai larian yang paling lasak di dunia pada masa tersebut yang mana para peserta perlu menamatkan larian ini dalam masa 5 HARI.  Ianya adalah larian lasak yang paling diminati dan dinanti-nantikan oleh para pelari tegar dan profesional dari serata dunia yang menghimpunkan raja – raja marathon dunia.  Kebanyakkan dari pelari tegar ini berusia dalam lingkungan 20 – 30 tahun dan memiliki tahap stamina dan kecergasan yang amat tinggi (super fit) Iklan larian ini telah menarik minat seorang veteran yang tidak berkahwin, Clif Young yang berusia 61 tahun yang tidak mempunyai gigi, memakai baju coverall dan memakai kasut boot.  Ramai yang menyangka dia seorang yang gila, mencari publisiti murahan dan ramai yang menyuruhnya untuk menarik diri dari acara ini.  K...

Bila kali Terakhir Anda Mencium

Imej
"Jangan biarkan kali terakhir anda mencium tangan suami adalah ketika majlis akad nikah. Setiap kali sebelum tidur minta maaflah kepada suami & peganglah tangan suami kerana dengan itu akan gugurlah dosa. Kita tidak thau samada kita masih dapat melihat dunia pada keesokan harinya... Kredit : dr.fadzillah kamsah

Pening Selepas Minum Shake F1

Imej
  Jawapannya: Ini adalah berlaku kerana 2 sebab utama; (1) Badan kita sedang detoksifikasi. Detoksifikasi adalah satu proses yang mana badan kita akan keluarkan toksin yang terkumpul dalam badan kita. Toksin ini akan dikeluarkan melalui air kecil atau air besar. Namun begitu, toksin yang terkumpul dalam otot tetap akan melalui salur darah kita. Kesannya, kita akan rasa seperti nak demam, otot lenguh-lenguh. Ini adalah petanda yang baik kerana kita dapat buktikan bahawa produk ini memberi kesan untuk kita. (2) Kita kurang minum air. Dalam produk Herbalife Formula 1 ada terkandung serat (fiber) dan 15 jenis Herba Tradisional. Serat atau fiber ini akan menyerap air dalam badan kita dan ini akan menyebabkan badan kita memerlukan kuantiti air yang banyak. Selepas minum Shake (Formula 1 + Formula 3), kita akan rasa bibir kita seperti kekeringan. Ini adalah biasa.  Jadi, kita perlu minum air kosong dengan konsisten. Bagaimana u...

Tinggalkan Perdebatan

Imej
..Orang yang suka bertanya dan berdebat itu mempunyai 4jenis kejahilan. Tiga daripadanya tidak dapat diubati dan hanya satu yang boleh disembuhkan..Tiga darpadanya adalah: 8 hours ago  ·  Edited  ·  Like Mjzai Mohd   1. mereka yang mengemukakan soalan kerana dengki dan marah..Orang seperti ini, sebaik mana pun jawapan kamu, semuanya tidak berfaedah baginya. Apa sahaja yang kamu lakukan tidak betul pada persekitarnnya. Orang begini, tidak usahlah kamu layan permintaanya.. 8 hours ago  ·  Like Mjzai Mohd   2. Mereka yang berdebat bertanya kerana kebodohan diri sendiri..orang sebegini juga tidak dapat dirawat. Sebagaimana Nabi Isa a.s, pernah menegaskan: "aku mampu untuk menghidupkan orang yang mati tetapi aku tidak mampu untuk mengubati orang yang bodoh. " Termasuklah juga dalam golongan ini, orang yang belajar dalam masa yang sekejap sahaja dan terlalu sedikit ilmunya namun kerana kebodohannya dia b...