Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2013

Herbalife Promosi January 2012

Hi Dear, Good news for you:   Herbalife Sunshade & Notebook Open to all Distributor who achieves 500PPV in January 2013 4 sets = 4 months = 500PPV   1 Set for 1 month : 2 Formula 1 1 Formula 3 1Teamix 1 Aloevera   Save RM 1,110! Who register under me only =) Ask me now..Ask me how! zainab mohd email : mj_zai@yahoo.com Phone : 013-361 8940 kamarul faizal email : palapes80@yahoo.com Phone : 019-368 3818 You can get *35% forever..   Free SPOON, SNP BAG, HLF DIARY 2013, SHAKER BOTTLE, BOTTLE 2L, COACHING And.. HERBALIFE SUNSHADE & NOTEBOOK (ONLY IN JANUARY 2013)   *With term and condition.

2-Kalimah Allah, apa agenda puak kristian dan politik

Isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama lain khasnya Kristian telah menimbulkan persoalan dan tanda tanya. Ia ditimbulkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang yang merupakan Setiausaha Agung parti ultra kiasu.  Apa agenda mereka, tidak pula kita ketahui.  Sejak dari gelombang tsunami politik pada tahun 2008, hak bangsa bumiputera khasnya Melayu seringkali dipolemikkan dan diperdebatkan secara terang-terangan dan penuh pencabulan..  Bible berbahasa Melayu tidak mungkin akan dibaca oleh mereka yang berbangsa Cina atau India atau lain-lain bangsa, jadi apa tujuan mereka sebenarnya.  Secara tersirat ia menujukan kepada bangsa Melayu, kerana hanya orang melayu sahaja yang membaca dalam Bahasa Melayu.  Apakah ini satu dari gerakan liberalisme dan pluralisme yang sedang kuat dikumandangkan oleh mereka yang bercita-cita untuk menjadikan negara tanah milik melayu ini sebagai satu platform demi menjayakan cita-cita untuk menyamatarafkan Islam sebagai agama yang...

Mitos Lemak

Imej
Kita sering memikirkan bagaimana  cara untuk membuang lemak  badan kerana kemungkinan lemak badan adalah antara tisu yang sering disalahertikan dalam tubuh manusia. Kita cubit dan tarik, dengan harapan ia akan hilang, seolah-olah ia hanya seperti barangan tambahan yang tidak diperlukan dan mempunyai sedikit fungsi - selain bertindak sebagai peringatan bahawa kita sudah gemuk atau makan terlalu banyak. Oleh kerana kurangnya orang ramai memahami dengan jelas apa sebenarnya lemak badan, mengapa mereka perlu mempunyainya, dan apa yang mereka boleh (dan tidak boleh) lakukan untuk membuangnya – inilah masanya untuk membetulkan beberapa mitos tentang lemak badan. Jika anda tidak bersenam, otot anda akan bertukar menjadi lemak . Kenyataan ini kelihatan seperti betul – apabila anda berhenti bersenam untuk sementara waktu, otot anda yang tegang dan padat akan mula berasa seperti getah berbusa. Latihan kekuatan boleh membina dan membaikpulih otot, jadi apabila and...

Kesan minum Air Berlebihan

Imej
Ramai yang beranggapan minum air dalam kuantiti yang lebih banyak adalah lebih baik untuk badan mereka. Namun, ramai juga yang tidak mengetahui kesan bahaya sekiranya seseorang itu minum air secara berlebihan dari keperluan badan mereka. Minum air melebihi jumlah yang diperlukan akan meningkatkan jumlah isipadu darah anda. Darah di dalam badan adalah terdiri daripada sistem peredaran darah yang tertutup. Sekiranya isipadu darah meningkat di dalam badan, ia akan membebankan jantung dan salur darah anda. Minum air melebihi jumlah yang diperlukan akan meningkatkan jumlah isipadu darah anda. Buah pinggang anda pula perlu bekerja ‘lebih masa’ untuk menapis air yang berlebihan keluar dari sistem peredaran darah dalam badan anda. Buah pinggang anda tidak boleh disamakan dengan paip di rumah anda yang mana semakin banyak air melaluinya, semakin bersih keadaan paip tersebut; tetapi sistem penapisan dalam badan pada buah pinggang anda adalah terdiri daripada beberapa siri kapilari ...

Kalimah ALLAH, apa agenda puak kristian dan politik Malaysia

Imej
Isu kalimah ALLAH yang sedang digembar gembur oleh pelbagai pihak telah mencetuskan polemik dari pelbagai pihak.  Ia dicetuskan oleh seorang pemimpin parti ultra kiasu yang kononnya memperjuangkan hak demokrasi dan samarata bagi semua bangsa, walhal secara hakikat dan realitinya ia hanya memperjuangkan hak satu bangsa sahaja secara cauvinis dan juga parti yang secara majoritinya dikuasai oleh golongan kristian. Sayang sekali ada juga umat Islam yang terpengaruh dan sanggup bekerjasama dengan mereka atas nama perikatan politik.  Realitinya kita lihat Islam diperintah oleh golongan cauvinis ini, bukan Islam yang memerintah golongan ini.  Kita terlalu banyak mengalah dan bertoleransi atas nama kerjasama yang terlalu rapuh dengan mengadaikan hak-hak yang sepatutnya di nikmati oleh bangsa dan umat Islam Melayu....  Artikel ini saya ambil dari satu sumber pendapat seseorang dan disesuaikan.. Apa jua kewajaran yang boleh dikongsi sila manfaatkan untuk kebaikk...

Radikal Bebas dan HERBALIFE...

Imej
Secara fakta dan realitinya tanpa oksigen kita hanya mampu hidup tidak sampai 1 minit, habis kuat pun mungkin 5 ke 10 minit. Namun pada masa yang sama oksigen juga boleh mengakibatkan kemudaratan dalam kehidupan kita.  Tekanan oksidatif merupakan satu keadaan antioksida dalam badan tidak dapat menahan radikal bebas yang dijana.  Ia dipercayai antara penyebab utama kepada lebih dari 60 jenis penyakit degeneratif seperti arthiritis, barah, penyakit jantung dan kegagalan sistem imuniti tubuh.  Bolehlah kita analogikan keadaan tubuh kita dengan kehadiran antioksidan ini bagaimana besi berkarat dan buah epal yang boleh bertukar warna akibat dari pendedahan persekitarannya.  Hal yang sama juga berlaku dalam sel yang terdapat dalam tubuh badan kita.  Secara amnya tubuh kita sedang mengalami proses degenerasif atau dekadasi atau pengaratan yang berlaku tanpa kita sedari.  Adalah amat penting buat kita untuk mengetahui bagai...

CEO HERBALIFE dan larianku....

Imej
Saya bukanlah seorang juara dalam larian..tetapi saya mempunyai keghairahan dalam larian..Benar saya lari memang tidak pernah memenangi sebarang wang pun, tiada pun.  Tiada siapa pun yang menaja sata, saya lari untuk diri sendiri.  Saya berniat Berlari Kerana ALLAH, Untuk Kesihatan dan Demi Kesihatan..malahan lebih banyak mengeluarkan wang semata-mata untuk yuran bayaran, kasut, supplement dan pengangkutan...Namun apa yang saya perolehi adalah nilai kesihatan dan kepuasan..Saya mula menyertai acara larian sejak dari zaman persekolahan lagi dan berterusan ketika belajar di universiti serta berlanjutan ke alam berkerjaya dan berkahwin sehingga kini...Berapa jumlah medal atau pingat, tidak pernah saya ketahui...seingat saya lebih dari 200 sejak dari dengan lebih dari 200 acara larian yang telah saya sertai...Saya baru mengenali Herbalife pada 2010... Apabila saya membaca sesawang Herbalife dan profile Pengerusi merangkap CEO Herbalife, Michael O Johnson. Ianya amat menar...

Tanita: Pengukuran Lemak Tubuh, Bagaimana Ia Berfungsi

Imej
Skala pengukuran lemak tubuh (TANITA) adalah menggunakan konsep Bioelectrical Impedance Analysis (BIA).  Ia berdasarkan mekanisme isyarat elektrik yang berarus rendah yang tidak berbahaya dan boleh menembusi lapisan tubuh kita.  Arus elektrik yang mengalir dengan cepat menerusi tisu tubuh yang bebas lemak seperti otot berbanding dengan lemak dan tulang.  Justeru ia memberikan nilai yang berbeza.  Amaun atau jumlah rintangan (resistance) terhadap arus elektrik memberikan perkaitan terhadap berapa banyak jisim bebas lemak (fat free mass) dan ketumpatannya dalam tubuh seseorang.  Seperti ujian lemak yang lain, skala lemak tubuh ini sebenarnya tidak mengukur peratusan lemak dalam tubuh.  Sebaliknya ia hanya menentukan ketumpatan tubuh.  Berdasarkan keadaan ini dengan menggunakan formulasi secara matematik yang telah ditetapkan (setting) dalam TANITA ini, ia berupaya mengirakan peratusan lemak dalam tubuh berdasarkan ketumpatan tubuh.  ...