Buncit itu lambang kemakmuran? Ubah persepsi negatif dengan HERBALIFE dan SENAMAN
Situasi itu dilihat seolah-olah sudah menjadi ‘trend’, terutama bagi lelaki
dalam lingkungan umur lewat 30-an atau selepas beberapa tahun mendirikan rumah
tangga.
Masalah perut buncit tidak mengira jantina – ia boleh berlaku pada lelaki
dan wanita. Bagaimanapun, kebanyakan wanita mempunyai bentuk badan ‘buah pir’
di mana pengumpulan lemak lebih tertumpu pada pinggul dan paha.
Malah, wanita yang lebih sensitif terhadap penampilan akan berusaha
mengekalkan bentuk badan. Baik lelaki atau wanita, berperut buncit bukan
perkara membanggakan. Namun apabila usia meningkat, usaha mengurangkan lemak di
pinggang dan menurunkan berat badan biasanya payah dan mengambil masa lebih
lama.
Bagi wanita, pengumpulan lemak pada pinggang biasanya lebih ketara dengan
peningkatan usia, terutama selepas menopaus. Selepas menopaus, lokasi
pengumpulan lemak berpindah daripada di bawah lengan, paha dan pinggul ke
pinggang.
Berita baiknya, tidak kira apa pun bentuk badan, apabila anda bersenam
secara teratur dan menjaga pemakanan, bahagian paling cepat susut dan hilang
ialah lemak di pinggang. Lemak pada bahagian lain akan menyusul kemudian.
Mengapa perlu hilangkan lemak di pinggang? Lemak di pinggang atau kegemukan
sentral (tengah) adalah petanda kurang baik kerana ia boleh menjejaskan kesihatan
seseorang.
Lemak ini dipanggil lemak viseral. Cuba cubit lemak di pinggang anda. Lemak
yang boleh dipegang ini di namakan lemak subkutaneus iaitu lemak di bawah
kulit. Lemak viseral ialah lemak yang kita tidak dapat lihat; yang terkumpul di
keliling organ.
Orang gemuk biasanya mempunyai banyak lemak yang mengisi ruang di antara
dan mengelilingi organ. Ia perlu ‘dihilangkan’ kerana boleh menjejaskan fungsi
organ dan dalam kes serius, ia menyebabkan organ gagal berfungsi.
Lemak viseral ada di lapisan lebih dalam, tetapi ia lebih mudah dibakar
berbanding lemak subkutaneus melalui senaman, kata pensyarah pemakanan
Universiti Penn State, Dr Penny Kris Etherton.
Lemak viseral dikaitkan dengan masalah kolesterol tinggi, trigliserida
tinggi, tekanan darah tinggi dan terlalu banyak insulin. Pakar perubatan juga
menggelarnya ‘lemak pembunuh’.
Lemak di pinggang lebih berbahaya berbanding tempat lain. Lemak viseral
meningkatkan risiko untuk mendapat:
- Penyakit jantung
- Kencing manis
- Sindrom metabolik
- Masalah pundi kencing
- Tekanan darah tinggi
- Kanser usus
- Merangsang keradangan
- Dikaitkan dengan proses pengerasan salur darah (menyebabkan lebih mudah mengalami masalah jantung)
Penyelidik mendapati sel lemak di pinggang adalah sel aktif. Ia boleh
menghasilkan hormon dan bahan lain yang boleh menjejaskan kesihatan.Contohnya,
ada sel menghasilkan hormon yang merangsang masalah kerintangan terhadap
insulin (menyebabkan sel tidak sensitif kepada insulin yang bertugas mengangkut
gula dari darah ke dalam sel).
Ada pula sel lemak menghasilkan hormon estrogen yang boleh meningkatkan
risiko kanser payudara. Bagaimanapun, penyelidik masih mencari jawapan
bagaimana hormon berlebihan ini boleh menjejaskan kesihatan tetapi yang pasti,
berlebihan sel lemak di pinggang mengganggu keseimbangan hormon dalam badan.
Mungkin ada yang terfikir untuk menjalani proses sedut lemak. Menurut
Perunding Pembedahan Plastik dan Kosmetik Pusat Perubatan Sime Darby, Dr Lim
Chai Leng, proses ini hanya untuk membuang lemak subkutaneus di bawah kulit dan
bukan lemak viseral. Lemak viseral masih tetap ada dan hanya hilang melalui
senaman.
Menurut Perunding Kanan Endokrinologi, Universiti Malaya, Profesor Dr SP
Chan, tahap kesihatan seseorang tidak akan berubah dengan pembedahan sedut
lemak kerana ia hanya untuk tujuan kosmetik supaya nampak cantik.Untuk
meningkatkan tahap kesihatan, seseorang itu perlu bersenam dan menjaga pemakanan, terutama bagi individu yang
berisiko tinggi mendapat kencing manis seperti mempunyai ahli keluarga
menghidap penyakit berkenaan.
Cara terbaik untuk mengurangkan lemak di pinggang atau visceral ialah:
- Bersenam – Senaman aerobik seperti berjalan cepat, menari, berjoging, berbasikal, bermain badminton atau berenang boleh membantu membakar lemak di pinggang dengan cepat. Untuk lebih berkesan, lakukan senaman lima kali seminggu dengan sekurang-kurangnya 60 minit setiap sesi. Lebih lama dan bersungguh-sungguh anda bersenam, lebih banyak lemak di pinggang akan hilang. Senaman yang tertumpu pada bahagian tertentu tidak akan membantu. Senaman ini perlu mampu meningkatkan degupan jantung anda.Kajian Pusat Kanser Fred Hutchinson di Seattle menunjukkan wanita gemuk yang bersenam secara teratur boleh mengurangkan antara 3.4 peratus hingga 6.9 peratus lemak viseral (bergantung kepada kelasakan senaman) tanpa mengubah pemakanan mereka dengan penurunan berat badan sebanyak dua kilogram. Lebih cergas senaman dilakukan, lebih banyak lemak viseral dapat dihilangkan.
- Makan makanan mengandungi banyak serat. Serat bukan saja membuat anda cepat kenyang, tetapi kenyang lebih lama. Ia akan mengurangkan pengambilan makanan berlebihan. Elak makanan ringan dan banyak lemak.
- Dapatkan tidur secukupnya. Tidur terlalu sedikit (kurang enam jam) atau terlalu banyak (lebih lapan jam) menyebabkan badan menghasilkan berlebihan hormon tekanan, kortisol. Hormon ini merangsang penyimpanan lemak di pinggang.
- Belajar mengawal tekanan melalui pelbagai pendekatan, termasuk bersenam. Ia dapat mengurangkan penghasilan hormon kortisol yang sekali gus membantu memudahkan anda mengatasi masalah kegemukan secara keseluruhan.
Visceral
fat lebih sukar untuk dihilangkan daripada lemak subkutan (bawah kulit) kerana lebih dalam
tertanam dalam jaringan tubuh. Lemak visceral hanya diukur tepat oleh
mesin pengimejan yang dapat melihat berapa banyak perut terdiri dari lemak
visceral. Seseorang mungkin berada dalam julat berat badan yang sihat, namun
masih memiliki lemak intra-abdominal terlalu banyak di sekitar organ dalaman.
Anda
boleh cuba dengan beralih kepada regim diet yang menggunakan konsep NUTRISI
SELULAR yang dipicu oleh HERBALIFE..Sekurang-kurangnya anda boleh
memberi peluang kepada tubuh anda untuk menjadi lebih sihat. Produk seperti Teamix dan Omega 3 berupaya
untuk memecahkan lemak yang terdapat di dalam tubuh. Untuk mendapatkan hasil yang lebih baik dan
berkesan, ianya boleh diikutsertakan dengan senaman...
Ulasan
Catat Ulasan