Radikal Bebas dan HERBALIFE...



















Secara fakta dan realitinya tanpa oksigen kita hanya mampu hidup tidak sampai 1 minit, habis kuat pun mungkin 5 ke 10 minit. Namun pada masa yang sama oksigen juga boleh mengakibatkan kemudaratan dalam kehidupan kita.  Tekanan oksidatif merupakan satu keadaan antioksida dalam badan tidak dapat menahan radikal bebas yang dijana.  Ia dipercayai antara penyebab utama kepada lebih dari 60 jenis penyakit degeneratif seperti arthiritis, barah, penyakit jantung dan kegagalan sistem imuniti tubuh. 

Bolehlah kita analogikan keadaan tubuh kita dengan kehadiran antioksidan ini bagaimana besi berkarat dan buah epal yang boleh bertukar warna akibat dari pendedahan persekitarannya. 

Hal yang sama juga berlaku dalam sel yang terdapat dalam tubuh badan kita.  Secara amnya tubuh kita sedang mengalami proses degenerasif atau dekadasi atau pengaratan yang berlaku tanpa kita sedari.  Adalah amat penting buat kita untuk mengetahui bagaimana proses ini berlaku dan langkah-langkah pencegahan....


Dalam proses menggunakan oksigen bagi menghasilkan tenaga dalam sel, radikal bebas turut terhasil.  Radikal bebas juga dibentuk sewaktu kita menghidu asap, bahan kimia pencuci (detergen), asap rokok dan juga air yang tercemar.  Bersenam dalam keadaan cuaca yang terlalu panas, pendedahan yang berlebihan terhadap cahaya matahari, berpenyakit, kandungan gula dalam darah yang tinggi turut menyumbang terhadap peningkatan pembentukkan radikal bebas.  

Menurut para penyelidik, radikal bebas berupaya memusnahkan enzim, protein, lemak dan molekuk DNA, membran sel dan strukturnya lantas mengubah cara sel mengekod bahan genetik.  Ia juga boleh mengaktifkan  sel-sel kanser dan melemahkan sistem imuniti badan. 

Salah satu dari cara untuk melindungi tubuh dari radikal bebas ini adalah dengan pengambilan antioksidan, beta kerotina, vitamin C, Vitamin E, zat sokongan antioksidan, zink....Anda boleh mendaptkannya menerusi apa jua bentuk makanan semulajadi atau semua ini terdapat dalam produk HERBALIFE (F1, F3, Teamix, NRG, Aloe) yakni produk pemakanan yang diformulasikan menerusi teknologi nutrisi selular yang dapat diterima oleh tubuh.  Ia bukan sekadar konsep untuk menguruskan bagi mereka yang berlebihan berat badan atau menambahkan berat badan buat mereka yang kurang berat badan, sebaliknya ia juga bermanfaat bagi mereka yang menginginkan kehidupan yang sihat dan cergas.  



Ia sesuai bagi mereka yang berfikiran untuk mencegahkan diri dari Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) seperti jantung, gout, angin ahmar, kencing manis dan darah tinggi akibat dari berkurangannya keupayaan tubuh untuk menanggung bebanan yang diakibatkan dari kejahilan kita untuk memahami konsep pemakanan yang seimbang dan sihat serta aktiviti fizikal yang berupa riadah seperti bersenam, bermain, berlari, berkebun atau mengemas rumah atau apa jua akitiviti yang mampu menyebabkan kita berpeluh menerusi pergerakkan fizikal.  

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Doa untuk Anak-anak

Kenapa saya suka membaca

Memori pentauliahan Intake 21 UPM..