Kalimah ALLAH, apa agenda puak kristian dan politik Malaysia


Isu kalimah ALLAH yang sedang digembar gembur oleh pelbagai pihak telah mencetuskan polemik dari pelbagai pihak.  Ia dicetuskan oleh seorang pemimpin parti ultra kiasu yang kononnya memperjuangkan hak demokrasi dan samarata bagi semua bangsa, walhal secara hakikat dan realitinya ia hanya memperjuangkan hak satu bangsa sahaja secara cauvinis dan juga parti yang secara majoritinya dikuasai oleh golongan kristian. Sayang sekali ada juga umat Islam yang terpengaruh dan sanggup bekerjasama dengan mereka atas nama perikatan politik.  Realitinya kita lihat Islam diperintah oleh golongan cauvinis ini, bukan Islam yang memerintah golongan ini.  Kita terlalu banyak mengalah dan bertoleransi atas nama kerjasama yang terlalu rapuh dengan mengadaikan hak-hak yang sepatutnya di nikmati oleh bangsa dan umat Islam Melayu.... 



Artikel ini saya ambil dari satu sumber pendapat seseorang dan disesuaikan.. Apa jua kewajaran yang boleh dikongsi sila manfaatkan untuk kebaikkan kita....
Ada yang haramkan,ada yang haruskan,ada yang berbaur politik ada yang berjuang pada kebenaran dan kerisauan terhadap umat...

Apa yang saya lihat ialah dalam masalah macam ni,yang terbaik ialah kita terima kedua2 pendapat dan ambil jalan tengah yang adil dan saksama....

Ulama A cakap HARUS
Ulama B cakap HARAM

Ibnu Battuta pula cakap...

Asal hukumnya tu harus sebab tidak ada pengharamannya yang jelas dan jelas dalam quran menyatakan yang orang2 kafir pun sebut nama "allah",jadi hukum asalnya jadi HARUS...dan ini lah pendapat ulama A...

Tapi kita kena lihat pula keadaan di MALAYSIA ni,adakah hukum harus tu sesuai atau tidak?Kena faham realiti berikut:

1)Kenapa paderi kristian di Malaysia ni TIBA-TIBA timbulkan isu ni?Sebelum ni tiada masalah pun?

2)Kenapa mereka beria-ria sangat hendak memakai kalimah Allah tu sedangkan sebelum ini tidak kecoh pun?Mereka sedang merancang sesuatu...dan inilah AGENDA HALUS mereka yang sebenarnya.  Mereka berdiri dan berselindung dibawah nama parti politik dan NGO yang beraliran liberal dan berfikiran bebas (free thinker) serta berdiri atas nama perjuangan hak asasi manusia (human right)

3)Kalau kristian pakai kalimah allah,nanti mereka akan tulis banyak artikel tentang 'agama' dan hias ia dengan nama ALLAH dan orang2 islam yang jahil yang telah tersedia keliru dengan islam,wahabi,syiah bertambah2 keliru dgn kristian pulak,last2 pakat murtad belaka.

4)Gereja-gereja pula akan dihiasi dengan nama Allah,salib akan ditulis nama allah,di kubur kristian ada nama allah,di keranda kristian ada nama allah,dalam tandas pun main masuk sahaja dengan nama allah,dan kita semua tahu nama allah itu suci. Patutkah kita biar?Di depan gereja pula akan tertera papan tanda "ISA itu anak ALLAH", bagi saya perkataan tu sangat pedih di hati berbanding perkataan "ISA itu anak TUHAN", kalau anak2 kecil kita baca,akan terngiang di fikiran mereka yang nabi isa itu anak ALLAH,sedangkan kalau guna lafaz "tuhan" kita boleh pandai2 pusing dan jelaskan pada anak kita.

5)Uruf di Malaysia,nama Allah itu merujuk kepada tuhan orang islam,semua orang faham macam itu, kalau kristian pun pakai nama allah,maka orang jahil akan samakan islam dengan kristian, sekarang ni nampak jelas islam dan kristian tu berbeza, jadi itu lebih selamat,tapi bila 2 agama ni mula dianggap sama,gejala murtad TANPA SEDAR dan secara SEDAR pula akan menjadi2.

6)Sekarang ni umat Islam bergaduh kerana berbeza fahaman politik,kerana syiah,kerana wahabi,salafi,hizbut tahrir,muktazilah dan sebagainya,tak mustahil nanti datang pula orang2 melayu kristian dakyahkan agama mereka secara terbuka dan semua keliru mereka ni kristian ke islam,sama seperti orang keliru antara wahabi,syiah dan islam.

7)Asal kalimah "allah" ni dari lafaz "ilah" yang bermaksud "tuhan" secara umum,kemudian diletakkan alif lam ma'rifah di depannya atas maksud pengkhususan maka menjadilah "allah" yang bermaksud "tuhan yang khusus/satu"..jadi orang kafir pada zaman nabi guna kalimah "allah" sebab itu BAHASA MEREKA,tak kan mereka nak pakai perkataan "tuhan" pula...sebab tuhan tu lafaz bahasa melayu,apabila yang dimaksudkan orang kafir ketika itu ialah "tuhan" maka lafaz yang terbaik untuk digunakan orang kristian di malaysia ialah "tuhan" bukannya "allah" kerana "allah" di malaysia bukan dimaksudkan sebagai tuhan yang umum seperti kafir musyrikin zaman nabi maksudkan,tapi "allah" di malaysia ni khusus merujuk kepada nama tuhan orang islam,jadi bila had uruf tu dilanggar,kekeliruan besar akan melanda terutamanya kepada orang jahil.

8)Pada sangkaan saya,orang kristian sengaja timbulkan hal ni untuk lebarkan lagi sayap dakyah mereka untuk mengkristiankan seluruh tanah melayu, dan mereka tahu akan ramai yang akan murtad bila mereka berjaya menggunakan nama allah dalam agama mereka sebab orang2 jahil akan anggap SAMA agama islam dan kristian,dan anggap ia cuma khilaf beberapa perkara tapi tetap bertuhankan TUHAN yang SAMA, dakyah seperti inilah yang sering digunakan puak syiah yang kononnya syiah dan sunni tu bersaudara sebab bertuhankan "ALLAH" dan cuma berbeza pendapat dalam beberapa hal..bukan kah ini kekeliruan yang besar?sedangkan ulama sepakat bahawa syiah ini kafir dan tak sama dgn islam,tapi disebabkan syiah pakai istilah2 islam, pakai kalimah allah,pakai pakaian orang islam,maka mereka dilihat sebagai orang islam jugak,akhirnya mereka jadi musuh dalam selimut,sedangkan kristian sekarang ni adalah musuh islam LUAR selimut, tapi kalau mereka mula guna istilah2 islam seperti kalimah ALLAH,maka mereka juga akan dianggap sbg sebahagian dari orang islam juga dan akhirnya jadi musuh dalam selimut seperti syiah,maka ketika itu ramai akan murtad tanpa sedar sebab menyokong kristian?Terutamanya golongan orang asli yang tak didedahkan dengan dunia luar,mereka akan anggap islam dan kristian ni sama sebab sama2 bertuhankan "allah"?

9)Tidak ada apa-apa kesan baik pun untuk mengharuskan penggunaan kalimah tu untuk orang kristian,(mungkin ada kesan bagi parti politik,mereka yang sokong kristian,mungkin akan dapat sokongan orang kristian pulak) tapi kesan buruknya terlampau banyak pada ummat islam di Malaysia khususnya.

10)Kesimpulannya,dari segi nas,dalil,memang tidak haram mereka nak pakai nama allah,tapi dari segi uruf dan kesan-kesan buruknya,maka lebih baik diharamkan mereka gunakan ia sebab kita yakin mereka perjuangkan hak penggunaan kalimah allah itu atas niat yang tak baik terhadap agama kita,jadi sekiranya ulama A cakap agama kita tidak haramkan,maka kita setuju,agama kita tidak haramkan,tapi kita sokong ia diharamkan atas kuasa kerajaan untuk mencegah kerosakan umat yang bakal berlaku.Contohnya tidak ada dalil pun budak2 sekolah kena pakai uniform sekolah,tapi kenapa kerajaan wajibkan?memang agama kita tidak wajibkan uniform,tapi ia diwajibkan atas peraturan negara,maka untuk kalimah allah ni, walaupun agama tidak haramkan,tapi kita patut sokong peraturan negara tidak benarkan ia diguna orang kristian sebab kesan buruknya terlampau banyak.

11)Kita semua tahu majoriti orang malaysia malas menuntut ilmu,mereka suka hidup dalam kemewahan,senang lenang,duduk depan laptop dan cari agama dari internet,kalau sekarang ini pun sudah terlampau banyak ajaran sesat di internet dan sesatkan ramai orang,lepas ni orang-orang kristian pulak akan tulis banyak artikel agama dalam Bahasa Melayu yang gunakan nama allah,bertambah-tambah sesat la umat malaysia ni.....Kita tahu bangsa selain dari bangsa Melayu memang jarang membaca apa-apa jua artikel berbahasa melayu, disebabkan sistem pendidikan kita yang kononnya unik.  Kita tidak mengwujudkan sistem pendidikan tunggal kebangsaan yang hanya membenarkan sistem aliran pendidikan kebangsaan yang menggunakan sepenuhnya bahasa kebangsaan.  Kita hanya meneruskan legasi pendidikan barat.  Inilah sistem legasi yang kita agung-agungkan dan diperkasakan lagi.  


 

Bacalah dengan penuh kesedaran dan ketepikan sebarang sentimen politik yang sempit.  Apa yang hendak disampaikan dan dibuat perkongsian adalah kerisauan kita berkenaan scenario politik di Malaysia.  Amat malang sekali apabila bangsa melayu berpecah belah atas nama politik yang berlainan fahaman.  Inilah hasrat dan keinginan musuh yang ada di Malaysia ataupun di luar Malaysia, bagi menghancurkan Negara.  Langkah pertama mereka untuk melihat kita berpecah belah telah pun berjaya dan telahpun direalisasikan, sekarang mereka sedang mengaturkan langkah untuk mengoyahkan akidah kita selaku umat islam, salah satunya adalah dengan menjustifikasikan penggunaan nama ALLAH dalam bible versi Bahasa Melayu.....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Doa untuk Anak-anak

Kenapa saya suka membaca

Memori pentauliahan Intake 21 UPM..