Larianku (newton) berserta diet herbalife



Kebiasaan sebelum berlari saya mesti ada regim pemakanan sendiri.  Lihat juga kepada jarak larian, jika jarak jauh 21 km ke atas diet saya, cuba elakkan ambil makanan yang berkari atau berminyak serta elakkan ambil air manis.  Saya mempraktikkan sebab untuk mengelakkan masalah sakit perut.  Masalah jika sakit perut, terutama untuk larian jarak jauh.   


Untuk jarak kurang dari 21 km, saya tidak berdiet seperti mana diet untuk jarak jauh.  Apa yang saya elakkan adalah makan, makanan yang pedas-pedas.  Itu adalah diet sebelum saya menggunakan produk pemakanan herbalife.  Dengan penggunaan produk ini saya tiada masalah kerana asas pemakanan ini berdasarkan minuman yang perkayakan dengan nutrisi dan kalori yang bersesuaian.   


Bagi menyedapkan minuman (shake –F1) ini saya mencampurkan dengan oat dan juga buah-buahan seperti  pisang, kurma, epal atau apa jua buah-buahan yang sesuai dengan lidah anda.  Saya ambil 2 hari sebelum acara larian, supaya badan saya ringan dan bertenaga (dengan mengambil teamix), disamping saya makan seperti biasa (tetapi dengan melebihkan pengambilan makanan berasaskan karbohidrat). 


2 jam sebelum berlari ambil sedikit teamix sebagai sumber tenaga segera (instant energy).  Kesannya saya lari tanpa mengalami keletihan yang melampau, terasa ringan apabila berlari dan tidak mengalami masalah kekejangan. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Doa untuk Anak-anak

Kenapa saya suka membaca

Memori pentauliahan Intake 21 UPM..