Keghairahan Membaca dan bibholisme..
Ketekunan
membaca dengan semangat Iqra’ sedemikian itulah yang menghasilkan transfromasi
kemanusiaa, yang berasal dari bentuk ‘alaq’ (segumpal darah beku), bahan yang
sedemikian rendah dan lemah, lantas menjadikan mereka ilmuwan, peneroka rahsia
alam, penguasa alam dan pengagum kebesaran Tuhan. Membaca seperti yang dikatakan oleh Khlifah
Al-Makmum, merupakan temasya dan pengembaraan menelusuri akal fikiran para
tokoh dan pahlawan terhadap ilmu yang tiada batas sempadannya.Ia merupakan
pengalaman atau eksperimen yang sangat menyenangkan. Hal
itu merupakan sesuatu yang tidak akan dilalaikan orang-orang yang tersihir
buku-buku dan larut dalam keasyikan dengan pelbagai bentuk karangan dan
penulisan. Keberadaan buku tersebut
telah menjadi teman bergaya, teman bicara, sahabat karib, tokoh pembicara serta
paksi perhatian dan obsesinya.
Menurut Jorge Luis Borges yang merupakan
penulis buku Tentang Perpustakaan Iskandariah menyatakan ‘Sejak Adam pertama
yang melihat siang dan malam, serta bentuk tangannya sendiri, manusia telah
mengarang cerita dan mencatat tulisan pada batu, kulit, logam atau kertas kuno,
dan inilah hasil dari usaha mereka iaitu buku dan perpustakaan.. Mereka yang
tidak percaya mengatakan jika perpustakaan dibakar maka sejarah akan turut
terbakar bersamanya. Ternyata mereka
silap.Kerja manusia yang tanpa henti telah melahirkan ketidakterbatasan
buku. Jika tidak tersisa satu pun dari
semuanya, manusia tetap akan menulis kembali disetiap halaman.
Berbicara tentang keghairahan terhadap buku atau disebut
sebagai bibliholisme yang bukunya di tulis oleh Shaharom TM Sulaiman mengambarkan
ekspresi atau perasaan yang mendalam kecintaannya atau obsesinya terhadap dunia
perbukuan.Dalam buku ini penulis mengajak kita menerokai sisi dunia para
pecinta buku yang penuh dengan kemistikan, keanehan dan keunikannya tersendiri
yang adakalanya begitu mengagumkan dan ada pula yang melucukan malahan pelik.
Buku ini terbahagi kepada empat bahagian yang mana
setiap satunya menceritakan apa itu buku, biblioholisme itu sendiri, kembara
atau trevolog buku dan sisi aneh buku.
Bagi bahagian pertama ia membicarakan apakah yang menyebabkan kita
terpikat untuk memiliki buku, buku sebagai peneman tanpa mengira masa, tempat
dan keadaan seperti mana yang diungkap oleh Al Jahiz dalam Ahmad Shalleby “Buku
itu diam apabila engkau mengkehendakinya diam, berbicara apabila engkau
mengkehendakinya berbicara. Ia tidak
akan menganggu jika engkau bekerja tetapi apabila engkau kesepian, ia akan
menjadi temanmu yang baik. Engkau tidak
perlu marah dan berkecil hati kepadanya.
Ia merupakan teman yang tidak menipu dan bermuka-muka ”. Itulah yang dimaksudkan dengan buku sebagai
pembina peradaban dan ketamadunan yang dimulai dengan minat membaca dan
mengkaji. Buku juga merakam perjalanan
sejarah seseorang yang dihimpun dalam bentuk memoir sebagai contoh memoir Tun
Dr Mahathir yang mendapat sambutan luar biasa, tambahan pula dengan adanya pula
terjemahan dalam Bahasa Melayu yang meluaskan lagi cakupan horizon pembacanya.
Juga diceritakan dalam satu bahagian khususnya
berkenaan dengan biblioholisme.Terdapat beberapa istilah atau padanan dengan
maksud terhadap kecanduan buku iaitu biblioholik (ketagihan terhadap buku),
bibliomania (kegilaan terhadap buku), bibliofil (kecintaan terhadap buku).Apa sahaja
gelaran mereka ini adalah pembaca dan pembeli buku yang tegardan begitu rakus
akan pembacaannya yang merentas disiplin.
Namun ada juga mengalami penyakit kejiwaan yang berkait dengan buku
seperti bibliotaf (suka menguburkan buku-buku), bibliokas (menghancurkan
buku-buku), bibliofagi (makan buku), biblionarsisis (suka bermegah dan
menunjuk-tunjuk buku).
Secara positifnya biarpun ia kedengaran agak aneh
namun pemupukan budaya biblioholisme yang betul pada keadaannya dapat membentuk
satu pembudayaan amalan membaca yang kritis dan serius. Kita tidak mahu sekadar menjadikan membaca
sebagai hobi, tetapi apa yang lebih baik adalah menjadikan ia sebagai satu
kewajipan atau sunnah atau gaya hidup yang berterusan selagi kita
bernafas. Kita wajar menjadikan tokoh-tokoh
seperti Jaafar Abdul Rahim, Tengku Abdullah, Wan Mohd Shaghir, Alfred Nobel,
Oprah Winfrey, Albert Einstein, Ustaz Abdullah Al-Qari Salleh yang terkenal
dengan budaya amalan membaca dan budaya ilmu yang dipupuk. Baru-baru ini Perpustakaan Negara Malaysia
telah melancarkan bulan membaca dengan menjadikan Tun Dr Mahathir sebagai ikon
membaca. Adalah diharapkan dengan ketokohan negarawan ini yang terkenal dengan
sifat yang suka membaca dan ketajaman pemikirannya walaupun telah melebihi 8
dekad usianya akan menjadi ikutan buat generasi terkini yang semakin kurang
minat membaca bahan bacaan yang berilmiah lantaran terdedah dengan pelbagai
bentuk maklumat dalam internet. Kita
tidak mahu melahirkan masyarakat yang hanya kaya dan pintar dengan maklumat, tetapi
daif dari segi ilmu, kebijaksanaan dan hikmah.
Selain dari itu kembara buku atau travelog pecinta
buku akan dibawa untuk menyelami dunia pemburuan buku terpakai atau nadir yang
terdapat di Pasar Chowrasta, Pulau Pinang. Dibandingkan dengan pasaran buku
terpakai atau langka di Indonesia ternyata kita masih lagi ketinggalan. Di Pasar Senen / Kwitang Raya di Jakarta,
Jalan Polasari di Bandung dan Jalan Malioboro Yogjakarta kemeriahan took-toko
buku yang menjual buku sebegini begitu banyak, sehingga sukar untuk membuat
pilihan tambahan pula dengan tawaran harga yang begitu murah dan boleh ditawar
lagi. Secara relatifnya pasaran buku
adalah lebih murah berbanding dengan kita, tambahan pula dengan buku nadir. Maka tidak hairanlah ia dikenali sebagai Kota
Buku, bagi sesiapa yang pernah berkunjung ke sana.
Iran terkenal dengan kekayaan budayanya dan juga
tradisi ilmu yang sangat tinggi dan mantap, lantaran ia menerima limpahan
kekayaan dari tamadun besar dan agung yang lain seperti Islam dan Romawi (Byzantine). Negara yang dahulunya dikenali sebagai Parsi
telah melahirkan ribuan ilmuwan dan ratusan pustaka yang dimuatkan dengan
lautan manuskrip yang tidak ternilai harga dan prestijnya dalam indeks
keilmuan.Tahun lepas telah ditayangkan dokumentari Travelog Kembara Buku yang
dihoskan oleh Syed Munawar. Dalam setiap
misi dan destinasi, penonton akan dibawa bersama mencari keunikan dan kelainan
samada disebalik penggiat buku, pecinta buku, institusi dan acaranya. Pengelanaan ini membabitkan 4 buah Negara iaitu
Malaysia, Indonesia, Mesir dan Arab Saudi.Begitulah halnya dengan Tajuk
Travelog Haji yang membawa kita ke perjalanan yang penuh spiritual ke Kota
Mekah dan Madinah.Kebanyakkan buku ini menceritakan sejarah awal penghijrahan
penduduk peribumi ke Tanah Suci dengan misi mengerjakan Rukun Islam yang ke-5
yang dilakukan sekali seumur hidup. Juga
ia membahaskan persoalan hokum-hakam, peraturan, pengalaman Jemaah ketika
berada di sana.
Penubuhan Kota Buku yang menjadikan Kuala Lumpur
sebagai lokasinya adalah satu dari
matlamat Kerajaan untuk mencontohi kota buku yang tersohor di dunia
iaitu Hay-on –Wye yang terletak di Wales, United Kingdom dan Paju Book City di
Korea Selatan. Kegagalan dalam kewujudan
Kampung Buku di Langkawi wajar dijadikan pengajaran dan pengalaman agar
perencaan penubuhan Kota Buku Kuala Lumpur akan menjadikan Kuala Lumpur sebagai
kota berkebudayaan tinggi dan mencambahkan pertumbuhan intelek yang berupaya
membahaskan persoalan dan gagasan besar khususnya dalam Bahasa Kebangsaan. Buku juga berperanan dalam memotivasikan
pembaca yang dirundung permasalahan hidup.Contoh buku Chicken Soup for Soul
yang telah adanya edisi terjemahan Bahasa Melayu terbitan PTS.Buku-buku
sebegini mengambil kisah-kisah orang disekelilingnya yang memberi inspirasi
kepada kita agar kita tidak mudah menyerah kalah dalam hidup.
Keganasan terhadap buku yang pernah
dilakukan oleh Pemerintah Third Reich Nazi, Komunisme seperti penerapan
ideologi Marxisme, Leninisme, Moaisme (Moa di China ketika revolusi Kebudayaan)
memperlihatkan puluhan ribu buku dibakar dan dimusnahkan akibat berlainan
fahaman (isme) atau ideologi politik. Pemenjaraan
tokoh seperti Pramoedya Ananta Teor oleh pemerintah Indonesia juga adalah
akibat dari sikapnya yang menegur pemerintah ketika itu menerusi karya beliau
menyebabkan karya-karyanya diharamkan.
Begitu halnya dengan penjarahan yang dilakukan oleh Julius Ceaser ketika
menawan Mesir yang memusnahkan Perpustakaan Iskandariah, selain dari kisah
menghumbamkan buku-buku di Sungai Dajlah dan Furat di Baghdad oleh tentera
Monggol pimpinan Timurlin atau lebih dikenali sebagai Hulagu Khan yang
memperlihatkan bagaimana buku-buku yang bernilai dimusnahkan oleh tokoh-tokoh
yang tidak menghargai buku atau ilmu.
Di samping itu dalam buku ini menceritakan daftar
buku yang perlu dibaca sebelum ‘mati’.Kedengarannya agak aneh tetapi itulah
yang perlu diketahui, buku manakah yang perlu dibaca. Diterbitkan pada tahun 2006, 1001 Books You Must Read BeforeYou Die
menyatakan buku-buku yang amat wajar dibaca dan malahan satu kerugian yang
besar jika tidak membacanya. Ia
memuatkan cakupan tema yang amat luas seperti kasih sayang, persahabatan,
moral, perhubungan kaum, keagamaan, falsafah dan lain-lain yang menyanjung
tinggi rasa kemanusiaan universal.
Alangkah bagusnya jika kita sendiri dapat mengwujudkan daftar buku yang
wajib dibaca dalam bahasa sendiri bagi memperkayakan minda bangsa dengan buku
yang beracuan konteks tempatan tetapi mendukung nilai sejagat.Islam sendiri
amat menggalakkan kita menuntut ilmu yang bermanfaat yakni dengan membaca dan
mengkaji sebagai bekalan di hari kemudian.Sebagai kesimpulan buku yang dibaca
atai ditulis sebagai suatu bentuk pengupayaan dan usaha yang sangat serdahana
bagi memaparkan hakikat pembacaan, keperluannya dan tatacara membaca yang
berkesan.
Apa yang semestinya kita baca dan sebagaimana salafus soleh yang
mengamalkan perintah yang mulia yakni ‘bacalah’. Ayuh bangunlah Malaysia dengan
tercinta membaca..
Ulasan
Catat Ulasan