Pemakananku..dan permulaan diet HERBALIFE
Kebiasaannya saya
makan luar jarang saya melihat orang mengambil air masak atau air suam sebagai
minuman apabila makan pagi, tengahari atau
malam. Selalunya air manis
menjadi pilihan yang ditambahkan dengan ais.
Ia sesuatu yang sangat tidak bagus kerana kita menambahkan kandungan
gula darah kita.
Makanan yang sedia ada
telah pun mengandungi gula yang tinggi baik yang nyata ataupun
tersembunyi. Tambahan pula cara
penyediaan makanan luar yang banyak menggunakan bahan perasa seperti MSG yang
seperti diketahui umum mempunyai kandungan gula dan garam tiruan yang sangat
tinggi, sebagai bahan penyedap masakkan.
Ini yang menyebabkan sebahagian besar warga kita mempunyai permasalahan kesihatan.
Mungkin kita tidak mampu untuk mengelakkan
dari mengambil makanan sedemikian kerana gaya aturan hidup kita sendiri yang
kita sendiri tentukan, namun kita punya alternatif untuk memilih makanan yang
sihat dan juga beraktiviti yang menggerakkan tubuh. Kita boleh memperbanyakkan pengambilan
makanan berwarna seperti sayur-sayuran atau buah-buahan. Kita boleh juga mengubah tabiat pengambilan
air manis dan berais dengan air suam atau masak.
Murah pun murah dan sihat. Tetapi berapa ramai yang mampu untuk
mengambil menu sedemikian. Biasanya kita
melihat dalam pinggang yang mereka ambil, lebih banyak yang mengandungi
karbohidrat (nasi), lemak (daging merah, masakan berkari), protien (ikan, ayam)
berbanding yang kaya serat/vitamin (sayuran/buahan).
Kita perlu
mengubah minda kita. Amalkan pemakanan
yang kaya dengan nutrisi dan pada masa yang sama jangan lupakan bersenam... Saya
sendiri bersarapan pagi dengan memulakan dengan pengambilan air masak dan
diikuti dengan F1 (Shake Herbalife) yang dicampurkan dengan buah-buahan. Itu
sahaja sudah mengenyangkan dan berkalori rendah. Kesannya saya berjaya mengurangkan berat
badan saya, kerana tenghari saya sekadar makan pisang atau kuih muih sahaja,
menjimatkan bukan. Rutin saya selama 4
bulan ini. Malam baru saya mengambil
nasi, lauk dan lebihkan sayuran. Saya
tidak perlu berpantang atau terlalu berdiet.
Saya makan seperti biasa, kerana apa yang saya makan sebenarnya
mencukupi untuk keperluan fizikal dan tenaga saya. Pada hujung minggu saya melonggarkan sedikit
diet saya. Pagi selepas berlari atau
berjogging saya ambil sedikit F1/Shake.
Tengahari baru saya makan seperti biasa yang saya makan tengahari begitu
halnya juga untuk makan malam. Kerana
pada hujung minggu saya lebih banyak menggerakkan tubuh seperti berlari dan
menolong isteri mengemas rumah atau berjalan, disamping membaca. Itu semua melibatkan penggunaan tenaga yang
banyak..
Saya tidak perlu risau kerana pada hari-hari bekerja saya kembali
kepada praktik diet saya. Saya tetap
menikmati makanan saya tetapi dalam kuantiti yang terkawal. Mana ada orang yang hendak sihat, tidak
mengamalkan apa –apa regim atau program gaya hidup sihat. Mereka mesti ada programnya tersendiri...Tubuh
kita menceritakan segala-galanya termasuk buangan kita.
Kita mungkin boleh menipu dengan mendakwa
kita sihat atau berpendirian dengan tidak mahu menerima pandangan orang lain
terhadap kesihatan kita, tetapi kita tidak boleh menipu diri kita. Kerana kita lebih tahu diri kita. Pokok pangkalnya berbalik kepada kita. Jika kita menginginkan kesihatan, berilah
peluang kepada diri kita. Biarpun kita
dilahirkan sempurna dan dibesarkan dengan sihat, namun tubuh kita sebenarnya
terlalu rapuh (fragile), vulnerabiliti (mudah dipengaruhi), dan rentan
(susceptability)...
Oleh itu penjagaan kesihatan adalah satu proses yang
berterusan, bukan hanya sewaktu kita telah terlantar sakit. Sewaktu itu kita mungkin telah terlewat untuk
berpatah balik. Mungkin dengan keajaiban
dari Allah kita boleh sembuh dan kembali sihat, namun sebelum itu diuji dengan
pelbagai penyakit supaya kita kembali ke amalan yang sepatutnya kita lakukan
terhadap amanah tubuh kita.....
Ulasan
Catat Ulasan