My Passion (Bahagian 2)
Kemudian apabila saya menyambungkan pelajaran
di UPM bermula dari matrikulasi sehingga ke peringkat sarjana, saya masih lagi
meneruskan minat dalam larian. Saya membina keyakinan dalam larian ini
sewaktu saya dalam PALAPES/ROTU (Intake 21) pada 1999 - 2002 dan 2002 - 2006 selaku pelajar sarjana dan bekas pelajar (berkerjaya). Ia benar-benar menguji
stamina saya.
Saya merasakan akan cabaran kerana ramai kalangan
rakan-rakan yang kuat berlari, untuk itu saya harus kuat berlatih termasuk ke
gimnasium. Rutin saya, saya berjalan kaki dari kolej ke fakulti dan
selepas habis kelas petang atau jika ketiadaan kelas petang, saya akan berlari
dari kolej KOSASS ke bukit expo melalui laluan jauh iaitu melalui Kolej 13, 12
& 14, Satelit dan berakhir di bukit expo dengan membuat satu pusingan
(semuanya dalam jarak 8km). Adakalanya saya memakai beg pack sebagai
pemberat untuk melajukan larian.
Selepas itu diteruskan dengan aktiviti latihan
fizikal (PT) ala ROTU seperti push up, seat up, BT10 (semuanya minimum dalam
50x untuk setiap satunya) dan weighing (mendagu dalam 10 -15 kali).
Inilah regim senaman saya yang masih lagi saya kekalkan sehingga sekarang,
tetapi dengan penyesuaian apabila telah bekerja dan berkahwin. Pokoknya
yang dasar atau basic saya masih lagi berlari.
Rutin yang dibuat secara
konsisten hampir setiap hari dan ia membuahkan hasil apabila dalam acara rentas
desa (dalam jarak 7km bagi PK-Pegawai Kadet) peringkat kompeni dalam ROTU UPM
saya mendapat tempat 10 teratas. Sesuatu yang sangat baik, kerana saya
perlu bersaingan dengan peringkat semasa sendiri dan peringkat lain yang mana
kalangan mereka sendiri ada yang kuat berlari. Saya juga berpeluang
membantu mata untuk kejohanan rentas desa inter kolej dengan berjaya
menempatkan diri dalam posisi 10 pelari teratas.
Kedudukan terbaik yang
pernah saya dapat adalah no 4. Saya merasa sangat gembira. Pelari
ke 4 terpantas di UPM he3…sesuatu yang tidak pernah saya alami dan
mimpi..selepas menamatkan pelajaran ijazah pertama di UPM pada 2002 saya terus
menyertai diri dalam larian on road yang diadakan disekitar Lembah Klang.
Medal pertama untuk larian luar saya adalah PJ half marathon (21 km) pada 2002
dan ianya berterusan sehingga kini. Saya tidak pernah kira berapa milage
atau perbatuan saya, tetapi saya mencatat setiap larian saya dalam satu
jadual, saya simpan semua sijil dan saya sangkut semua hampir semua medal saya..
Alhamdulilah saya masih berjaya mengekalkan
kesihatan saya, bentuk badan saya dan awet muda saya. Berlari dan
bersenam satu aktiviti yang murah dan terapi kesihatan yang paling mudah
diamalkan. Ia hanya memerlukan minat dan disiplin itu sahaja. Apa
alasan kita untuk tidak mengaktifkan diri dengan kegiatan yang menyihatkan
minda dan mencergaskan tubuh. Saya adakala terasa hati dengan persepsi
orang yang selalu memikirkan sudut negatif apabila kita bersukan.
Sayang
sekali yang sering memberi kritikan adalah bangsa Melayu sendiri, walhal mereka
jugalah yang paling kurang melibatkan diri dalam acara sebegini.
Realitinya menerusi pemerhatian saya selama 10 tahun dalam larian on road dan
off road diluar universiti, 70% dari peserta larian adalah bangsa cina,
selebihnya dikongsi oleh bangsa Melayu, India dan lain-lain.
Jadi di mana
prioriti atau keutamaan yang difikirkan oleh bangsa saya sendiri. Kita
terlalu kritikal terhadap bangsa sendiri tetapi terlalu berlembut dengan bangsa
lain. Sedih saya dalam sukan pun masih lagi sempat berpolitik, bukan
dengan niat bertujuan untuk mengwujudkan rasa pemersatuan bangsa…
Ulasan
Catat Ulasan