Tanita: Pengukuran Lemak Tubuh, Bagaimana Ia Berfungsi
Skala pengukuran lemak tubuh (TANITA)
adalah menggunakan konsep Bioelectrical Impedance Analysis (BIA). Ia berdasarkan mekanisme isyarat elektrik
yang berarus rendah yang tidak berbahaya dan boleh menembusi lapisan tubuh kita. Arus elektrik yang mengalir dengan cepat
menerusi tisu tubuh yang bebas lemak seperti otot berbanding dengan lemak dan
tulang. Justeru ia memberikan nilai yang
berbeza. Amaun atau jumlah rintangan (resistance) terhadap arus elektrik memberikan perkaitan terhadap berapa banyak
jisim bebas lemak (fat free mass) dan ketumpatannya dalam tubuh seseorang.

Seperti ujian lemak yang lain, skala lemak
tubuh ini sebenarnya tidak mengukur peratusan lemak dalam tubuh. Sebaliknya ia hanya menentukan ketumpatan
tubuh. Berdasarkan keadaan ini dengan
menggunakan formulasi secara matematik yang telah ditetapkan (setting) dalam
TANITA ini, ia berupaya mengirakan peratusan lemak dalam tubuh berdasarkan
ketumpatan tubuh.
BI (Impedans Bioelektrikal) adalah satu
metod yang secara asasnya mengkhususkan skala lemak tubuh. Ia menghantar isyarat elektrik yang selamat
keluar dan masuk tubuh. Isyarat ini akan
merentasi air dalam tubuh dengan lebih cepat lantaran kandungan air dalam otot
adalah 70% berbanding dengan lemak yang kurang mengandungi air. Maka dengan itu skala lemak tubuh dapat
ditentukan. Data ini kemudiannya akan
kira menerusi penggunaan algoritma dan penganggaran (estimation) peratusan
lemak tubuh yang munasabah akan diberikan.
BI merupakan peranti yang mudah dan cepat,
namun keputusan yang diberikan adalah bergantung kepada beberapa faktor iaitu
perubahan kandungan air, pengambilan jenis makanan, suhu permukaan kulit,
perubahan postur badan atau apa-apa jua perubahan yang mampu mempengaruhi
keputusan. Peranti ini secara spesifikasinya mempunyai tahap sensitiviti atau kepekaan yang tinggi terhadap perubahan subjek yang ditimbang. Ia bertindak sebagai ralat (error) yang perlu diambil kira sewaktu melakukan penimbangan. Waima begitu ia merupakan sisihan yang kecil yang tidak terlalu menjejaskan kebolehpercayaan (reliability) peranti ini.
Walau bagaimanapun ia masih
merupakan satu kaedah penganggaran keputusan yang mampu memberi keputusan yang
secara relatif menghampiri (approximately) kepada keputusan saringan makmal
(laboratory screening).
Justeru itu berasaskan penentuan kandungan lemak tubuh, air dan tulang ia berupaya mendapat anggaran bacaan bagi
1 Peratusan Lemak Kulit (Subkutunas)
2 Peratusan Kandungan Air
3 Peratusan Otot
4 Fizikal
5 BMR (Kadar Massa Tubuh)
6 Umur Metabolik
7 Jisim Ketumpatan Tulang
8 Lemak Viseral (lemak organ)
Kerana ianya berkait antara satu sama lain...
Ulasan
Catat Ulasan