Ilmu dan Hati


Iman al Ghazali pada zaman awal keilmuannya pernah merasakan seolah-olah tidak akan ada lagi ilmunya jika kitabnya dirompak.  Justeru itu, beliau membulatkan tekad dengan berusaha meletakkan semua ilmunya di dalam hati menerusi pendekatan hafalan, sehinggakan kekuatan daya penggarapan hatinya melebihi kekuatan akalnya.

Ilmu yang digarap di dalam hati mampu dilaksanakan dan diamalkan kerana dorongan pelaksanaan serta amalan datangnya daripada hati.  Sedikit ilmu yang diamalkan adalah jauh lebih baik dari banyak ilmu tetapi tidak diamalkan. 

Ilmu yang diamalkan akan menerbitkan lagi ilmu yang lain menerusi pelbagai cara, sedangkan ilmu tanpa amal boleh menyekat penggarapan ilmu dengan hati dan kemanfaatannya. 

Pepatah Arab ada mengatakan…

Apa yang lahir dari bibir akan sampai ke telinga
Apa yang lahir dari hati akan sampai ke hati…

Ilmu itu mendidik hati, kemudian hati akan mendidik akal. 
Ilmu itu seumpama pembimbing dan amal itu seumpama pengikat.
Pengikat tanpa pembimbing boleh menyesatkan, manakala pembimbing tanpa pengikat adalah sia-sia….

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Doa untuk Anak-anak

Kenapa saya suka membaca

Memori pentauliahan Intake 21 UPM..