My Passion... (Bahagian 1)
Saya adalah jenis yang suka bersenam dan
berlari. Rutin sewaktu di asrama semasa belajar di MRSM setiap petang selepas
waktu prep, saya akan berlari di kawasan blok akademik dan pentadbiran. Untuk
satu pusingan blok akademik dan pentadbiran adalah 600 meter. Saya berlari
bersama abang yang bekerja sebagai krew yang menyediakan makanan di dewan
makan. Saya pun telah lupa namanya.
Bersamanya saya berlari dan belajar teknik saya larian yang betul khasnya
untuk larian jarak jauh. Kebiasaannya saya akan berlari dengan dia dalam 10
pusingan, dipusingan akhir kami akan speed up langkah larian dan sprint untuk
100 meter yang terakhir. Hanya saya sahaja yang setia mengikutnya berlari,
rakan-rakan lain tidak mampu untuk mengikuti rentak lariannya…selama 2 tahun saya
rajin mengikutnya berlatih. Mungkin hanya saya sahaja dari kalangan Batch 12 di
MRSM Beseri kemasukan 96/97 yang masih berlari dan saya gembira jika ada
kalangan mereka yang masih lagi rajin berlari atau bersenam..
Saya berlari dan bersenam di MRSM sebagai satu
escapism akibat dari bebanan belajar dan tekanan dari persekitaran MRSM itu
sendiri yang terlalu memandang tinggi akan kecemerlangan dalam akademik dan
sesiapa yang tidak melakukannya dengan baik atau tidak mencapai KPInya akan
ditekan malahan dicemuh oleh cikgu dan rakan-rakan. Saya sendiri mengalaminya
selama 2 tahun kerana saya bukan pelajar yang cemerlang sewaktu di sana ….Larian dan senaman
adalah satu terapi yang terbaik untuk permasalahan tersebut..
Ulasan
Catat Ulasan