Motivasi agar hidup sentiasa ceria
TUHAN
Bercerita tentang Tuhan supaya Tuhan mengingati kita. Ia seolah-olah satu boomerang yang dibaling,
lalu kembali kepada diri kita. Apa yang
dianggap oleh manusia tentang Tuhan, maka ia akan menjadi benar. Apabila manusia itu mengingati Tuhan, maka
Tuhan akan mengingati kita. Begitulah halnya apabila manusia itu bercerita
tentang Tuhan dihadapan orang lain, maka Tuhan akan menyebutnya perihal dirinya
dalam situasi yang lebih mulia. Sama
juga apabila kita menulis berkenaan Tuhan, nescaya Tuhan juga akan menulisnya
dalam lembaran yang lebih mulia untuk tatapan…Bercerita/menulis dan terus bercerita/menulis……
CINTA
Ramai orang bercerita, tetapi tiada kasih sayang. Kasih sayang mengatasi cinta. Cinta itu angina, dapat dirasai tetapi tidak
nampak. Kasih sayang itu awan, jelas
kelihatan tetapi tidak dapat dipegang.
Cinta adalah kenangan ketika muda dan cerita ketika tua. Perbanyakkan kisah cinta yang akan menjadi
satu persatu pencetus senyuman bersama pasangan sepanjang hayat. Perbanyakkan kisah cinta yang meneguhkan
jiwa, hidup dalam kedamaian dan kukuh semangat hidup……
KEBAHAGIAAN
Kebahagian itu satu permintaan. Tuhan memberi apabila kita
meminta. Dalam mengingati Tuhan, maka berbahagialah
kita dengan hati yang selalu bersyukur,menjadi pasangan yang soleh solehah,
mendapat anak yang baik, berada dalam
persekitaran yang baik, beroleh pendapatan yang halal, mendapat kefahaman agama
dan keberkatan umurnya……
SENYUMAN
Senyuman yang selalu diingati adalah senyuman yang datang
bersama perkataan hikmah dan bijaksana.
Senyuman dalam diam juga tetap menjadi kenangan kerana ia memberitahu “
Kamu adalah salah satu keindahan duniaku. Akal, perasaan dan kemahuanku adalah
jelas kepadamu”…….
Ulasan
Catat Ulasan