Kenapa perlu berkerja sendiri....


Baru-baru ini ada saya ada terbaca kenapa kita perlu berniaga secara kecil kecilan..

Baca catatan di bawah dengan hati yang tenang, terbuka dan fahami sesetiap baris yang ditulis supaya mesejnya sampai kepada kita.
Kemudian tepuk dada masing-masing. Mereka dah bermula,kita bagaimana?
Selamat membaca 

KESTABILAN PENDAPATAN.

Ada orangg  kata kerja kerajaan, duit sudah pasti masuk setiap bulan, senang buat pinjaman, ada pencen, ada gratuiti, senang itu, senang ini.

Ya memang tidak dapat dinafikan, memang benar, sebab dulu pun saya berada dalam komuniti tersebut. Memang semuanya betul terutamanya gaji, tidak pernah putus setiap bulan

Tetapi seperti biasalah, saya ini suka mencari, mencari erti kehidupan, mencari erti kebahagian, kerana apabila kita mencari, pasti kita akan dpt jawapannya, kita tidak dapat jawapan sebab tidak mencar

Kerja dengan orang untuk kayakan orang atau kerja sendiri?

Sy rasa penat yang teramat sgt bila sy buat sesuatu benda dan sy tak tahu kenapa sy perlu buat perkara tersebut. Tp bila kita mencari dan dpt jawapan, maka memang tak penatlah kalau kita buat sesuatu perkara sungguhpun nampak penat di mata masyakarat.

Semasa sy kerja dahulu, sy selalu sembang dgn pak guard di opis sy, ada satu kisah yg meyentuh hati. Pakcik nie umurnya agak tua, dalam 60 tahun. Sy tanya dia, “kenapa pakcik kerja lg?” “maklumlah nak, pencen pakcik RM600 jer dulu kerja dekat majlis X, sekarang kena kerja sbg guard dpt la lg RM900″, “Boleh la RM1500 sebulan, tue pun tak cukup hidup di kl nak

Kemudian satu hari sy berjumpa lagi seorang makcik tokey kantin, pun dalam umur hujung 50an. “Soalan yg sama sy tanya, makcik kenapa makcik kerja lagi” “Yerlah dik, makcik nie dulu kerja govt jer, dah pencen hutang rumah belum selesai, kena la buat kerja lebih sikit, mujur dpt kontrak 2 thn nie”

Seorang lagi sy jumpa, tp dia nie driver swasta dulu, “pakcik kenapa pakcik kerja lg, umur dah 63 tahun” “anak, pakcik nie dulu kerja dgn syarikat swasta terkemuka, gaji dulu mmg banyak walaupun pakcik driver, dgn insentif khas lg”, “tp anak2 skolah lg, pakcik still kena kerja”

Kemudian sy jumpa pulak sorang pencen engineer, pun sama jugak, sy ulang ya, pencen engineer dr jabatan kerajaan. Bukan calang2 tau “Uncle, kenapa uncle kena kerja?” “I silap la, i ingat dah pencen, boleh relax2, tp banyak juga tau gaji ‘hilang’, my pencen sikit jer, so i kena kerja jugak la, nasib baik company baru nie nak ambik I kerja, boleh la topup sikit setiap2 bulan


Kemudian sy terfikir, macam ada sesuatu yg tidak kena, masa tgh kerja, kata mereka ada pencen, tak susahkan anak2, senang dpt loan, bla bla bla. Alih2 dah pencen lain pulak realitinya. Ini harapan ker, suratan kebetulan ker, atau sy yg tersalah tafsir?

Sabar2 pembaca sekalian, bukan niat sy utk memperlekehkan mereka yg bekerja biasa, atau makan gaji, sy tahu ramai antara kita mempunyai ibu bapa yg kurang bernasib baik, cuma apa yg sy nak bangkitkan di sini, HARAPAN & REALITI nya sangat berbeza. Sy pernah berada dalam kedua2 situasi, makan gaji, dan berniaga (yakni sekarang). Ibu bapa sy juga dahulu makan gaji. Sebab situasi2 yg Mereka jumpa nie lah hati sy berkobar2 untuk terus berjuang menjalankan perniagaan, take things positively, jgn cepat melatah.

Sy kasihan tgk pakcik makcik yg kena kerja kuat, sedangkan hari tua mereka adalah hari utk menuai, ya mmg walaupun dah tua masih juga kerja, tp diorang bekerja sbb SEPATUTNYA

“I Work Because I Choose To, Not Because I Have To”


Mungkin ada yg berkata, yg mereka tak pkitai untuk menguruskan kewangan, tp tgk kes jugak la, kalau duduk di kg, kos sara hidup rendah dan dah biasa dgn lifestlye rendah, MAYBE boleh survive. Tp yg di bkitar2 nie?

Akhirnya saya sudah dapat jawapan, kenapa perniagaan itu sangat penting, walaupun berniaga ini rugi sudah pasti, untung belum tahu lagi tetapi ia boleh menjadi suatu mesin wang yg berterusan ketika kita veteran nanti, asalkan bila berniaga perlu ikut SISTEM, ADA ILMU, DAN ADA COACH YG BOLEH BIMBING KITA.


Manusia yang rugi adalah manusia yang jatuh dalam lubang yg sama lebih dari sekali. Belum terlambat untuk kita buat reprogramming minda. Mulakan perniagaan secara part time dahulu, mula2 sehari RM1, kemudian sehari, RM10, sehari RM100, sehari RM1000, dan seterusnya.


Berminat utuk membuat kerja separuh masa?

Hubungi kami:
Kamarul 019-368 3818
Zainab 013-361 8940 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Doa untuk Anak-anak

Kenapa saya suka membaca

Memori pentauliahan Intake 21 UPM..