Berdietlah dengan alkali...
Dari kajian yang
dilakukan oleh pelbagai penyelidik, persekitaran tubuh yang berasid merupakan
medium yang sesuai untuk sel barah atau kanser untuk berkembangbiak. Makanan yang berasid merupakan satu dari
kegemaran kita semua...contohnya :
- Daging merah
- Gula
- Garam
- Makanan laut yang bercengkerang
- Kopi, teh atau coklat
- Makanan yang mengandungi cuka yang tinggi : jeruk
- Makanan yang berminyak
- Minuman yang alkohol
- Makanan yang mengandungi lemak yang tinggi.
Jadi bagaimana
diet yang beralkali atau alkaline ash dapat mengurangkan kebarangkalian
berlakunya barah....
Makanan yang
tinggi kandungan alkali menyediakan persekitaran yang sukar untuk sel kanser
membiak. Persekitaran yang tinggi alkali
akan menyebabkan kandungan oksigen yang tinggi, justeru itu ia berupaya
menghalang pembiakkan sel kanser.
Apa
bila sel tisu dalam badan mempunyai kandungan alkali yang tinggi, ia berupaya
menampung kandungan oksigen yang tinggi dalam tubuh berbanding dengan sel tisu
yang dipenuhi dengan asid. Dengan
memastikan kandungan pH alkali di dalam badan tinggi, ia dapat menghalang tubuh
kira dari diserang oleh sel kanser.
Pendek kata, semakin tinggi tahap alkali dalam badan kita, semakin
banyak pula kandungan oksigen kita dalam tubuh kita dan semakin rendah pula
peluang kita untuk mendapat kanser.
Maka
dengan itu amat digalakkan kita untuk memperbanyakkan pengambilan diet yang
berasaskan sayur-sayuran dan buah-buahan.
Ini tidak bermakna kita perlu menghindari terus diet yang berasaskan
asid tetapi mengurangkan sahaja kuantiti pengambilannya..
Ulasan
Catat Ulasan