Makanan Sebagai Penawar Kemurungan
Kemurungan atau stress boleh berpunca dari
diet yang salah dan gaya hidup yang tidak sihat.
Makanan yang sihat mungkin menjadi harapan
kepada masalah kemurungan atau stress.
Pemilihan makanan yang tidak seimbang dan kekurangan nutrien boleh
menyebabkan seseorang itu merasa tidak bersemangat dan lesu. Ia boleh melenyapkan nutrien dalam
tubuh. Lantaran dengan itu untuk
menangani permasalahan kemurungan dengan makanan amat penting. Beberapa perubahan biokimia berlaku ketika
kemurungan ini berlaku dan salah satu darinya adalah pengurangan vitamin dalam
tubuh (vitamin B3-niacin), pengumpulan radikal bebas (free radical
accumulation) dan penuaan yang lebih awal.
Ada yang menyarankan pendekatan pengambilan
ubatan sebagai satu mekanisme penyembuhan, tetapi ianya berjaya mengurangkan
sahaja sedikit dari permasalahan tersebut. Sudahnya ia menyebabkan symptom kebergantungan
terhadap ubat. Ianya sesuatu yang tidak
baik untuk jangka panjang.
Walaupun tiada satu pun diet yang khusus
yang telah ditunjukkan dalam penyelidikan klinikal untuk merawat kemurungan
tetapi penggunaan makanan atau produk makanan yang betul merupakan satu
mekanisme yang berkesan dalam mengurangkan permasalahan kemurungan atau
stress. Diet yang betul dan sihat
seringkali menjadi perkara utama yang diabaikan oleh pengidap kemurungan. Oleh itu pilihlah makanan yang kaya dengan
Vitamin B1 dan thiamine yang terdapat dalam kebanyakkan diet yang berupa
buah-buahan dan sayur-sayuran. Kita
sebaik-baiknya perlu berusaha mengubah diet dengan memakan makanan yang
berkualiti, baik dan tulen dari segi kandungannya.
….jadilah pengguna yang bijak dan berfikir
sebelum menyuap masuk apa yang anda makan… ANDA SEBENARNYA BOLEH MENGUBAH
KESIHATAN MENTAL DAN FIZIKAL DENGAN APA YANG ANDA MAKAN
Ulasan
Catat Ulasan