2-Kalimah Allah, apa agenda puak kristian dan politik
Isu penggunaan kalimah Allah oleh
penganut agama lain khasnya Kristian telah menimbulkan persoalan dan tanda
tanya. Ia ditimbulkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang yang merupakan Setiausaha
Agung parti ultra kiasu. Apa agenda
mereka, tidak pula kita ketahui. Sejak
dari gelombang tsunami politik pada tahun 2008, hak bangsa bumiputera khasnya
Melayu seringkali dipolemikkan dan diperdebatkan secara terang-terangan dan
penuh pencabulan..
Bible berbahasa Melayu tidak
mungkin akan dibaca oleh mereka yang berbangsa Cina atau India atau lain-lain bangsa, jadi
apa tujuan mereka sebenarnya. Secara
tersirat ia menujukan kepada bangsa Melayu, kerana hanya orang melayu sahaja
yang membaca dalam Bahasa Melayu. Apakah
ini satu dari gerakan liberalisme dan pluralisme yang sedang kuat
dikumandangkan oleh mereka yang bercita-cita untuk menjadikan negara tanah
milik melayu ini sebagai satu platform demi menjayakan cita-cita untuk
menyamatarafkan Islam sebagai agama yang sama dengan agama-agama lain di
Malaysia seperti yang dihasratkan oleh IFC / Suruhanjaya Antara Agama. Objektif dari gerakkan ini sememangnya ingin
menghilangkan hak esklusitiviti atai dominan agama Islam itu sendiri.
Negara bangsa yang dibentuk di Malaysia
tidak memungkin rakyat membaca hanya dalam Bahasa Melayu sahaja. Kita bukan seperti negara bangsa Indonesia , Thailand atau negara-negara Arab
yang lain yang sememangnya membina asas negara bangsa menerusi bahasa
kebangsaan masing-masing secara total.
Jadi imigran atau yang bukan berbangsa asal semuanya amat fasih
berbahasa kebangsaan negara naungan mereka, kerana hanya bahasa itu sahaja yang
digunapakai dalam setiap ranah kehidupan mereka baik dalam bidang pendidikan,
pekerjaan, pentadbiran, komunikasi sehari-hari hatta sehingga urusan agama
sekalipun. Jadi itu logiknya penggunaan
kalimah Allah digunakan dalam Bible mereka.
Jadi apa agenda halus mereka
sebenarnya? Apakah mereka fikir dengan kemenangan yang tidak seberapa dengan
berjaya memperoleh sokongan sebahagian besar bukan islam dan golongan melayu
islam yang berfahaman liberal dan terbuka mereka boleh menyentuh isu-isu yang
diklasifikasikan sebagai sensitif atau taboo.
Perkara – perkara seperti hak Melayu, symbol-simbol agama Islam
(Perkataan Allah, Kaabah, Kiblat dll), Raja-raja Melayu, Bahasa Melayu, Tanah
Rezab Melayu, Ekonomi Melayu dan beberapa perkara lain berupaya memicukan
sensitiviti bangsa Peribumi khasnya Melayu selaku teras terhadap pembangunan
Malaysia. Sewajarnya perkara-perkara
yang telah dipersetujui dalam kontrak social atau yang tertulis dalam
perlembagaan negara tidak perlu diperkatakan atau dipersoalkan kerana kelak ia
menatijahkan gelombang ketidakpuasan lagi-lagi dalam situasi kemajmukan negara
kita.
Demokrasi dan hak kebebasan bersuara
yang telah dilonggarkan dengan beberapa pindaan menerusi beberapa akta atau
ordinan sedia ada serta pemansuhan ISA setelah PRU ke-12 bukanlah satu tiket
buat kita untuk mempolitikkan segala-galanya dengan mengatasnamakan sebagai hak
untuk menyuarakan pendapat atau perasaan.
Sekiranya kita bijak dalam memberikan pendapat sama ada secara lisan
ataupun bertulis ia tidak akan menjadi satu debat yang berpanjang dan polemik
yang bakal mengundangkan permasalahan kelak.
Ini perlunya kebijaksanaan dalam berpolitik. Tidak kisah jika kita rakyat biasa atau
sesiapa sahaja untuk memberikan apa-apa jua kenyataan atau pendapat, yang
pentingnya kita harus tahu apa yang kita tulis atau ucapkan. Kita perlu bertanggungjawab dengan apa yang
kita lakukan. Pertimbangan akal dan
rasional perlu melebihi emosi ketika kita cuba menyampaikan sesuatu. Janganlah kita beralasankan kejahilan dikala
kita memberikan buah pendapat atau kenyataan.
Kebebasan berucap jika tidak
disertakan dengan hikmah boleh menyebabkan kejadian seperti wujudnya 13 Mei
1969, Amanat Haji Hadi 1981, Peristiwa Memali 1985, Ops Lalang 1987, Perarakan
yang digerakkan oleh badan-badan politik dan NGOs serta pelbagai bentuk
perhimpunan yang boleh mengusik emosi dan sensitiviti. Lantaran dengan itu ia perlu disertakan
dengan beberapa peraturan atau akta untuk mengelakkan pihak yang berkepentingan
atau tidak bertanggungjawab untuk memperggunakan kebebasan ini semahu-mahunya.
Kita belum sampai lagi seperti yang diistilah bijak berpolitik. Budaya, tahap pemikiran dan persekitaran kita
serta sifat kemajmukan kita tidak menggalakkan kita untuk memperolehi kebebasan
bersuara seperti yang dinikmati oleh negara-negara Barat. Tidak perlulah kita mengikut contoh Barat, kerana
bukan semuanya sesuai untuk dilakukan atau ditiru oleh kita. Kita perlu ada cara atau acuan sendiri yang boleh
disesuaikan dengan persekitaran dan tahap penerimaan kita. Setiap apa yang kita
lakukan perlu diikutsertakan dengan tindakan yang rasional supaya ia tidak
mengakibatkan implikasi yang negatif.
Seboleh mungkin biarlah tindakan
kita ini berlandaskan syariat yang ditegaskan dalam agama kita. Islam tidak pernah menghalang kebebasan
manusia tetapi ia perlukan dibentengi dengan apa yang digariskan dalam Al-Quran
dan sunnah. Apa gunanya menjadi jaguh bersuara
jika kedaulatan dan maruah negara, bangsa dan agama diperjudikan kepada
golongan yang sememangnya menginginkan negara kita hancur dan bermusuhan sesama
bangsa. Pihak musuh khasnya barat telah
menciptakan pelbagai fahaman yang secara halusnya boleh merosakkan akidah kepercayaan
kita, tetapi dirasionalkan dengan pelbagai pendekatan yang menarik. Jarum halus yang disemaikan oleh Barat ini
secara perlahan-lahan telah pun berjalan sejak bermulanya kejatuhan kuasa Islam
dan ia berterusan sehingga kita menerusi perancangan yang amat sistematik dan
hampir tidak disedari oleh sebahagian besar dari kita. Mereka tidak perlu
mengotorkan tangan mereka untuk menjatuhkan umat Islam cukup sekadar menghantar
wakil yang telah didoktrinkan minda dan jiwa mereka untuk menggerakkan agenda
jahat mereka.
Kita sekadar tikus ujian yang
digunakan oleh barat untuk melihat keberkesanan hasil ujian mereka. Oleh yang demikian sebarang gerakkan halus
seperti cuba
meliberalkan fahaman Islam dan mempluralismekan konsep ketuhanan seperti yang
diimani oleh orang Melayu perlu ditentang.
Benar, ada sebahagian negara Islam lain mempraktikkan kalimah nama Allah
untuk lain-lain penganut selain Islam. Ia tidak boleh dijadikan alasan atau
justifikasi kerana ia akan menyebabkan kekeliruan terhadap mereka yang tahap
pemahaman agamanya yang rendah. Ini yang
perlu kita bimbangi dan khuatiri. Bayangkan
Allah yang kita fahaman dalam Islam, tetapi apabila ada orang Islam yang
membaca Bible diceritakan Allah dalam konsep triniti, bukankah itu lain
jadinya. Apa yang akan terjadi jika
mereka membayangkan Allah dalam bentuk atau konsep yang difahami oleh Kristian
secara tidak langsung ia menjejaskan akidah Islam itu sendiri. Mungkin untuk jangka masa pendek atau
sekarang ia tidak memberikan kesan, namun untuk jangka masa panjang ia akan
memberikan kesan yang signifikan terhadap pemahaman dan akidah umat Islam. Kesan sinergisme yang diharapkan oleh puak
yang berfikiran terbuka untuk menjadikan umat Islam dan Melayu di sini agar
bukan terpesong akidahnya malahan menjadikan apa jua budaya songsang ini
sebagai sebahagian dari landskap kehidupan di Malaysia .
Inilah rasionalnya kenapa perlu
ada undang-undang atau akta yang menghalang scenario sebegini terjadi.
Inilah agenda yang dikehendaki
oleh Barat dan pendukung-pendukung kuat kristian yang terdapat dikalangan
bangsa kita sendiri yang berlindung atas nama politik dan badan-badan bebas.
Kita perlu berhati-hati dengan musuh dalam selimut, musang berbulu ayam dan
gunting dalam lipatan…
Ulasan
Catat Ulasan