CEO HERBALIFE dan larianku....


Saya bukanlah seorang juara dalam larian..tetapi saya mempunyai keghairahan dalam larian..Benar saya lari memang tidak pernah memenangi sebarang wang pun, tiada pun.  Tiada siapa pun yang menaja sata, saya lari untuk diri sendiri.  Saya berniat Berlari Kerana ALLAH, Untuk Kesihatan dan Demi Kesihatan..malahan lebih banyak mengeluarkan wang semata-mata untuk yuran bayaran, kasut, supplement dan pengangkutan...Namun apa yang saya perolehi adalah nilai kesihatan dan kepuasan..Saya mula menyertai acara larian sejak dari zaman persekolahan lagi dan berterusan ketika belajar di universiti serta berlanjutan ke alam berkerjaya dan berkahwin sehingga kini...Berapa jumlah medal atau pingat, tidak pernah saya ketahui...seingat saya lebih dari 200 sejak dari dengan lebih dari 200 acara larian yang telah saya sertai...Saya baru mengenali Herbalife pada 2010...

Apabila saya membaca sesawang Herbalife dan profile Pengerusi merangkap CEO Herbalife, Michael O Johnson. Ianya amat menarik perhatian saya.  Jarang saya mendengar, terbaca atau mengetahui seseorang yang berjawatan tinggi dan besar melibatkan diri dalam aktiviti fizikal. Beliau adalah salah seorang yang berani melawan arus dan bertindak dengan cara yang tidak konvensional. Beliau telah bergelumang lebih 20 tahun dalam acara triathlons (triathlete)-hampir ke IRONMAN dan berbasikal. 




Beliau juga amat menggalakkan agar semua pekerja, pengedar bebas atau sesiapa yang terlibat dalam HERBALIFE secara langsung atau tidak langsung bersama beliau untuk menyertai triathlons, marathons, berbasikal atau apa-apa jua aktiviti yang mencergaskan tubuh...Beliau memang menginspirasikan semua orang untuk sihat. Jawatan yang besar bukan penghalang untuk menjadikan dia lebih cergas dengan pelbagai aktiviti yang dianggap gila dan tidak masuk akal pada orang lain...dan beliau telah membuktikan selaku ketua dalam organisasi yang dipimpinnya

Saya selaku pengguna yang baru telah lama menyahut cabaran ini, (untuk triathlons belum lagi he3)...tidak kisahlah sama ada saya memasuki acara berlari dengan memakai baju berjenama HERBALIFE, sebagai orang biasa yang bukan atlet.. ..alangkah bagusnya jika dapat menarik ramai kawan-kawan atau kenalan bersama dalam acara kecergasan ini di samping mengamalkan pemakanan yang yang sihat...Mungkin di Malaysia bersukan sebegini tidak lagi dijadikan budaya, tetapi sedikit demi sedikit ia telah pun bermula...tetapi cabaran adalah untuk menarik bangsa sendiri dalam acara dan aktiviti sebegini....ini yang perlu difokuskan...kita sihat dengan menggunakan produk HERBALIFE dan pada masa yang sama kita aktifkan diri dengan pelbagai aktiviti kecergasan dan kebugaran..Moga lebih ramai mereka yang menggunakan herbalife ini menyertai acara larian atau apa jua aktiviti kecergasan..CEO herbalife sendiri telah melakukannya..tiada sebab buat kita yang menjadi pengguna atau usahawan mencontohi beliau, jika tidak semantap atau 'segila' beliau, cukuplah sekadar mengaktifkan diri dengan apa jua kecergasan..bukan sekadar menjadi pengguna yang hanya tahu makan atau minum produk herbalife...


Mentaliti kita selaku rakyat Malaysia tidak secemerlang Barat dalam hal-hal yang berkaitan kecergasan khasnya larian dan berbasikal.  Laporan mengatakan kurang dari 25% rakyat Malaysia yang melibatkan diri dalam apa jua aktiviti kecergasan.  Ini menunjukkan betapa malasnya dan tidak cergasnya rakyat Malaysia, khasnya bangsa Melayu.  Aktiviti bersukan baik berlari, berbasikal, jogging, mendaki masih tidak menjadi budaya dalam kehidupan sebahagian besar warga kita.  Inilah cabarannya.  Kita menginginkan bentuk badan yang ideal, tetapi jika ia sekadar kata-kata mulut, dan tidak disertai dengan usaha dan tindakan, ia hanya azam tinggal azam.  Lebih menerukkan lagi, ia akan menjejaskan kesihatan kita.  Apakah ini yang perlu kita bawa dalam melangkah ke alaf negara maju.  Menjadi maju, tetapi miskin dari segi kesihatan dan pengetahuannya....


Berusahalah menjadi sihat, berikanlah peluang pada tubuh badan untuk menjadikannya sihat..Kita hidup bukan untuk sekadar makan dan membesarkan tubuh dan mengakhiri hidup dengan pelbagai bekal penyakit, tetapi makanlah dengan bijak dan berpengetahuan supaya kita mampu untuk hidup selama mana yang kita mampu dengan keadaan yang sihat dan cergas serta kita mampu memberikan perkongsian yang bermakna dan bermanfaat kepada insan lain.  Kita menginspirasikan kehidupan orang lain dengan manfaat kesihatan yang kita perolehi menerusi kebijaksanaan dan tindakan berhikmah kita dalam menjaga kesihatan kita...Ingatlah Allah dan Rasul lebih menyukai seorang mukmin yang sihat....  


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Doa untuk Anak-anak

Kenapa saya suka membaca

Memori pentauliahan Intake 21 UPM..