BMR dan Umur Metabolik...



Nah, sekarang Anda telah mengetahui betapa berbahayanya lemak yang tertimbun dalam perut buncit Anda. Tunggu apa lagi? Mulailah atur pola makan, berolahraga teratur dan berlatih beban untuk mencegah Anda dari serangan berbagai penyakit kronis yang akan timbul akibat tumpukan lemak di balik perut buncit Anda!

BMR? satu kadar tenaga minimum yang diperlukan semasa kita rehat atau sewakti kita tidur. Kenapa tenaga ini diperlukan?..kerana semasa tidur, organ-organ dalam badan sedang bekerja seperti jantung, usus dan sebagainya. Jadi mana datangnya tenaga tersebut? Melalui makanan yang kita makan di mana semua makanan yang diambil ada nilai kalori tertentu. Jadi untuk tahu kadar

BMR boleh juga dikira secara manual berasaskan parameter umur, tinggi dan berat..dengan menggunakan Rumus Mifflin yang ditunjukkan dalam blog sususejat.....

Tubuh badan akan guna sekurang-kurangnya 1000 kalori untuk melancarkan fungsi badan. Kepada yang mengamalkan diet yang tidak sihat seperti ikat perut (hanya mengambil makanan yang nilai kalori bawah 1000) akan memberi impak kepada metabolisme badan dan ia sangat berbahaya. Analogi atau gambaran yang lebih jelas...contoh sebuah kereta memerlukan minyak enjin yang cukup untuk  melancarkan sistem enjin seterusnya melancarkan pergerakan kereta. Jika minyak enjin berkurang, memang hampir kontang, enjin kereta akan stuck dan kereta tersebut terus berhenti dan silap haribulan boleh meletup.
Jadi lebih kurang macam tu lah fungsi badan kita. 

Selain nilai kalori, melalui BMR kita boleh ukur umur metabolik. Umur metabolik yang lebih dari umur sebenar menunjukkan sesuatu yang kurang baik di mana umur dalaman lebih tua dari yang sebenarnya. Seperti yang kita tahu struktur badan berfungsi berpaksikan metabolisme badan. Sekiranya umur metabolik lebih tinggi menunjukkan organ-organ dalaman semakin kurang produktif dan terdedah kepada penyakit berbahaya. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Doa untuk Anak-anak

Kenapa saya suka membaca

Memori pentauliahan Intake 21 UPM..